Jika sebelum ini ura-ura daripada konsol PlayStation antara yang kerap membuatkan orang teruja, pada kali ini giliran Xbox Series X pula hadir dengan gambar tertiris.

Seperti yang ramai sedia maklum, Xbox Series X telah diumumkan pada bulan lalu sekaligus bakal menjadi pencabar terdekat kepada Sony PlayStation 5. Mula diperlihatkan pada awal pelancaran, ternyata rekaan sebenar model prototaip Xbox Series X agak besar dan tinggi berbanding konsol-konsol yang dilancarkan sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

62ec2493ly1gb58crh1tpj20qo0zk0y9

62ec2493ly1gb58crg7d1j20qo0zk791

Berdasarkan gambar yang tertiris, dapat dilihat Xbox Series X dilengkapi dengan beberapa port merangkumi HDMI, USB-A dan ethernet. Rekaan prototaip yang mirip dengan gambar yang dikongsikan sebelum ini sekaligus mengesahkan rekaan sebenar model ini.

Model terbaharu daripada Xbox bakal turut menyokong game dengan definisi 4K 120Hz dan 8K serta turut menyokong teknologi ray tracing. Sama seperti PS5, model ini bakal mula ditawarkan kepada para pengguna pada penghujung tahun ini.

Sejak mula diperkenalkan, Xbox Series X sudah mulai dijadikan bahan meme berdasarkan rekaannya. Turut dikongsikan, Sony PS5 yang bakal menjadi pencabar kepada Xbox Series X.

Baru Sahaja Diperkenalkan, Rekaan Xbox Generasi Terbaru Sudah Dijadikan Bahan ‘Meme’

Lihat Rekaan Sony PlayStation 5 ‘Devkit’ Yang Unik Beserta DualShock 5