Setelah lama dinantikan para peminat, nampaknya berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum Sony mengumumkan konsol generasi terbaru mereka iaitu Sony PlayStation 5. Dalam pada itu, siapa sangka rekaan konsol yang menjadi tanda tanya para peminat telah tertiris sebelum pelancaran rasmi.

Menerusi sumber daripada LetsGoDigital, beberapa gambar memperlihatkan rekaan Sony PS5 beserta DualSense telah dikongsikan sekaligus membuatkan para peminat teruja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

0_JS213323560

0_JS213323557

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Sony PS5 dijangka hadir dengan gabungan dua warna berbeza beserta lampu LED yang membuatkan konsol ini tampil futuristik dan menarik.

Mengulas dari segi prestasi, pihak Sony telah mengesahkan PS5 dijangka 100 kali ganda lebih pantas berbanding PS4. Selain itu, dijangka lebih 4,000 game daripada PS4 sedia untuk dimainkan pada konsol terbaru Sony ini. Menarik bukan?

0_JS213323558

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi menerusi atur cara Sony yang bakal berlansung pada pagi ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rekaan, spesifikasi serta harga yang bakal diumumkan bagi Sony PS5.

Tanda harga bagi Sony PS5 pastinya antara yang menjadi tanda tanya selepas CEO Sony sebelum ini memberi bayangan konsol ini tidak akan ditawarkan dengan harga yang murah.

CEO Sony Sahkan PS5 Tidak Akan Ditawarkan Dengan Harga Yang Murah

Sony Sahkan PS5 100 Kali Lebih Pantas Berbanding PS4

Sumber