Sejak pada tahun lalu hangat dibincangkan mengenai Projek Kereta Nasional Ketiga Malaysia. Idea cetusan Tun Mahathir ini ternyata turut menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Bersempena dengan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 yang berlangsung di Menara MITI KL, DreamEdge telah mempamerkan sebahagian kecil rekaan model prototaip daripada jenama yang dinantikan ramai ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan jenama automotif dari Jepun iaitu Daihatsu antara yang terlibat bekerjasama bersama DreamEdge dalam menghasilkan model sedan ini. Model ini juga dilaporkan bakal menawarkan keseronokan memandu, mesra keluarga, jimat minyak serta berbaloi untuk dimiliki.

Rekaan penuh model ini dijangka bakal dipamerkan sepenuhnya pada pertengahan tahun ini manakala pengeluaran jenama kereta nasional ketiga ini dijangka seawal 2022 ini.

Berdasarkan rekaan yang didedahkan, rekaan model ini mengingatkan kami kepada model jenama Eropah iaitu Audi A4. Sama-sama kita nantikan pendekatan yang bakal dibawakan oleh jenama kereta nasional ini.

Kami kongsikan kepada anda beberapa perkembangan lain mengenai projek kereta nasional ketiga yang bakal mula dipasarkan pada 2022 ini.

DreamEDGE Dan Daihatsu Motors Dipilih Untuk Bekerjasama Dengan Syarikat Kereta Nasional Ketiga

Projek Kereta Nasional Ketiga Malaysia Bakal Dibantu Oleh Nissan Dan Toyota