Apple telah melancarkan koleksi baru Apple Watch Band hasil rekaan daripada Nike dan Hermes. Sempena musim bunga ini, aksesori terbaru yang dihasilkan ini kebanyakannya dihasilkan dengan warna pastel yang mencerminkan tema musim bunga nanti.

Rekaan koleksi Apple Watch ini terdiri daripada band-band Hermes dan Nike. Band Hermes direka khas dengan ton warna merah jambu dan biru manakala band Nike pula direka dengan pelbagai warna seperti ungu, oren dan biru dan ianya juga boleh disesuaikan untuk aktiviti sukan dan harian.

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

Koleksi Apple Watch Band oleh Hermes dijual dengan harga sekitar $489 (RM2,085.73) untuk ‘double tour’ dan $38 (RM1,659.20) untuk ‘single tour’ manakala koleksi Apple Watch Band oleh Nike pula dijual dengan harga $49 (RM209). Koleksi untuk musim bunga 2019 ini boleh didapati di laman rasmi Apple mulai sekarang.

https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_apple-watch-bands-nike-hermes-pink-blue-1 https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_apple-watch-bands-nike-hermes-pink-blue-2 https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_apple-watch-bands-nike-hermes-pink-blue-3 https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_apple-watch-bands-nike-hermes-pink-blue-4

 

Anda Mungkin Suka