Sudah hampir 5 tahun Apple Macbook Pro tidak mendapat sentuhan rekaan yang baru. Mungkin sudah tiba masanya, Apple memberi tumpuan kepada Macbook Pro pula setelah seolah-olah diabaikan dengan kedatangan Apple Macbook.

Penambahbaikan yang paling besar pada model terbaru ini sudah pastinya OLED Touch di atas papan kekunci. OLED Touch ini bakal memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyemak notifikasi, Spotify serta beberapa tatapan yang lain. Yang pasti, sudah pastinya, OLED Touch bakal membuatkan Apple Macbook Pro kelihatan lebih cool.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti kebiasaan Apple, lebih nipis dan lebih ringan sudah menjadi motto buat setiap pengeluaran peranti Apple. Dijangka hal yang sama bakal berlaku pada Apple Macbook Pro terbaru ini. Penggunaan cip pemprosesan terbaru iaitu Intel Skylake bakal digandingkan dengan RAM 8GB untuk basic model.

2016-apple-macbook-renders-8

2016-apple-macbook-renders-4

2016-apple-macbook-renders-7

2016-apple-macbook-renders-9

2016-apple-macbook-renders-3

Perasan sesuatu di sebelah Apple Macbook Pro? Segalanya bakal terjawab pada September 2016 ini.

Video di bawah ini adalah rekaan konsep model Apple Macbook Pro yang bakal diumumkan Apple tidak lagi. Jonathan Morisson, nama yang tidak asing lagi di dalam kalangan Youtuber bakal menerangkan kepada anda tentang kedatangan Apple Macbook Pro ini. Walaubagaimanapun, kami tidak sabar untuk mendapatkan model ini hanya kerana model ini terlalu sexy dan stylish.