Anda pasti menantikan telefon pintar mid-range terbaru daripada HUAWEI iaitu nova 5T. Kemunculan sulungnya di Malaysia Kuala Lumpur Fashion Week minggu lalu, HUAWEI nova 5T berjaya mencuri tumpuan ramai dengan reka bentuknya yang trendy dan lebih menarik pastinya nova 5T ini dilengkapi dengan 5 kamera AI dengan prestasi setanding flagship keluaran HUAWEI.

5 kamera dengan teknologi AI.

Untitled2-630×356

HUAWEI nova 5T hadir dengan 4 kamera utama 48MP dan 1 kamera hadapan 32 MP. Semua kamera ini dilengkapi teknologi AI bagi memberikan kepuasan merakam gambar dan video yang berkualiti tinggi. Pasti cantik gambar OOTD dan selfie anda dengan kamera HUAWEI nova 5T  ini.

Kepuasan maksimum dalam sebuah telefon pintar.

huawei-nova-5t-malaysia2-630×421

Apa yang kami boleh kata, HUAWEI nova 5T  antara model mid-range terbaik HUAWEI kerana ia dilengkapi dengan kemaskini EMUI 9.1 bagi membantu kelancaran telefon.

Kemaskini ini fokus kepada kemudahan hiburan melalui peranti mudah alih tanpa had video panggilan masuk. Proses pemindahan dokumen, gambar dan video juga boleh dilakukan dengan cepat dengan perkongsian tanpa wayar One Tap Share.

Dengan teknologi GPU Turbo, frame rates permainan lebih tinggi, permainan video yang lebih lancar serta visual permainan yang lebih baik dengan fungsi HDR. Confirm HUAWEI nova 5T akan bagi pengalaman bermain permainan mudah alih tanpa gangguan untuk anda yang kaki game.

Untitled-1-630×354

HUAWEI nova 5T juga datang dengan Chipset 7nm pertama di dunia iaitu Kirin 980 dan ia merupakan Mobile AI Chipset yang dilengkapi dengan dual NPU serta mampu mengoptimalkan prestasi Huawei nova 5T.

HUAWEI nova 5T ada kapasiti bateri 3750mAH dan dilengkapi dengan 22.5W teknologi Super Charge yang membolehkan bateri telefon dicas semula sehingga ke 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Paling best, HUAWEI nova 5T hadir dalam 3 gradien warna unik iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan warna hitam yang pastinya boleh dipadankan dengan gaya anda setiap hari.

Pre-order sekarang dan dapat hadiah percuma!

1920-x-1080px

190825-huawei-nova-5t-malaysia-01-630×304

Walaupun HUAWEI nova 5T akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 7 September 2019, tapi anda sudah boleh buat pre-order bermula 29 Ogos sehingga 5 September 2019. Harga bagi HUAWEI nova 5T ialah RM1599.

BeFunky-collage17-630×268

Melalui pre-order, anda boleh dapatkan banyak hadiah eksklusif daripada HUAWEI. Antaranya HUAWEI Mini Speaker bernilai RM198, HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 dan jaminan tambahan selama 1 tahun.

Buat pengguna sedia ada HUAWEI,  anda boleh buat Level-up Program kalau ingin bertukar ke HUAWEI nova 5T. Untuk maklumat lanut, klik sahaja link ini atau terus ke HUAWEI Stores berhampiran anda pada 7 September 2019.

MediaPad M5 Lite 10 pun sudah boleh ditempah!

huawei-mediapad-m5-lite-10-stylus-630×394

Bukan itu sahaja! Kalau anda mahu tahu, pre-order untuk MediaPad M5 Lite 10 pun sudah dibuka! Dilengkapi dengan lapisan perlindungan pada skrin bagi melindungi mata anda, MediaPad M5 Lite 10 juga mempunyai sistem bunyi yang sudah diiktiraf oleh Harman & Kardon.

Untitled1-630×523

MediaPad M5 Lite 10 ditawarkan pada harga RM1299 sahaja. Kalau pre-order sekarang, anda boleh dapat free gift yang menarik iaitu mini speaker eksklusif dan Mpen yang berharga RM258. Tapi, siapa cepat dia dapat!

Pada yang nak usha HUAWEI nova 5T secara dekat boleh ke HUAWEI Stores atau singgah sahaja ke roadshows HUAWEI berdekatan anda. Untuk info lebih lanjut tentang produk keluaran HUAWEI anda klik sahaja di sini!

Berminat dengan produk HUAWEI? Baca lagi artikel berkaitan produk HUAWEI di bawah. 

Huawei Mate 30 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan Lebih Daripada Tiga Kamera Belakang

Huawei Secara Rasmi Perkenalkan Sistem Operasi Tersendiri, Harmony OS