TripAdvisor merupakan antara laman rujukan utama bagi mereka yang sedang membuat perancangan untuk keluar mengembara.

Terkini, syarikat teknologi yang menyediakan informasi dan maklumat berkaitan travel ini akan memiliki ruang kerja baru yang lebih moden dan menarik.

Rekabentuk bangunan dan ruang kerja TripAdvisor di Needham, Massachusetts ini telah direkabentuk oleh BDG bersama pemaju hartanah Normandy Real Estate Partners dan Elkus/Manfredi Architects.

Kami yakin ramai yang akan sebut wow selepas ini. Jom lihat apa yang menarik dengan pejabat baru TripAdvisor ini.

trip-adivsor-1

Inilah kata-kata daripada perekabentuknya;

Diinspirasikan daripada pelbagai destinasi menarik dan juga pengalaman pengembara daripada seluruh dunia, laman web travel dan teknologi yang membangun dengan pantas ini mahu ibu pejabat mereka menjadi lokasi yang sentiasa ingin dikunjungi oleh pekerja mereka, sama ada di masa kini mahupun di masa depan.

trip-advisor-2

Dengan keluasan 282,000 kps, bangunan ini bakal menawarkan pelbagai ruang kerja dan persekitaran sosial yang dapat memberi tumpuan kepada mewujudkan ruang kerja yang memberi impak kerjasama yang tinggi antara pekerja dan rakan kongsi mereka dalam suasana yang tenang.

trip-adivsor-3

Teknologi canggih disepadukan di seluruh bangunan yang menghubungkan ibu pejabat kepada pelanggan dan rakan usahasama di seluruh dunia.

trip-adivsor-4

BDG memainkan 2 peranan dalam mereka bentuk ibu pejabat baru ini. Mewakili syarikat itu, BDG dengan kerjasama Pemaju Normandy Real Estate dan Elkus / Manfredi Arkitek mengilhamkan reka bentuk bangunan baru dengan mengubah pejabat lama menerusi fasa 1 menjadi kampus korporat baru dan diwaktu yang sama masih mengekalkan citi-ciri warisan perkilangan New England yang telah sedia ada di bangunan ini.

trip-adivsor-5

Pendekatan reka bentuk baru ini telah menerima sokongan padu daripada pasukan projek dan juga bandar ini.

trip-adivsor-6

Pasukan BDG merekabentuk bahagian dalam bangunan turut menampilkan ciri santai, autentik dan tidak lapuk ditelan zaman.

trip-adivsor-7

Antara matlamat rekabentuk ruang kerja adalah menyediakan ruang yang mesra pekerja dengan ciri industri gaya moden.

trip-adivsor-8

Tidak seperti rekabentuk bangunan lain, di pejabat ini struktur dan sistem sokongan sengaja dibiarkan terdedah dan dijadikan sebahagian daripada elemen ruang kerja dengan sentuhan moden.

Baca: 10 Ibu Pejabat Syarikat Teknologi Yang Awesome

trip-adivsor-10jpg

Siling yang terbuka, struktur terdedah, lampu, kemasan, warna, lantai, perabot, dan reka bentuk ruang kerja di kompleks baru ini semuanya telah dipilih dengan teliti untuk mencapai matlamat dan cita-cita syarikat.

trip-adivsor-11

Di tengah-tengah bangunan baru ini nanti akan turut disediakan ruang mesyuarat dan forum yang luas bagi memenuhi keperluan berterusan pasukan pekerja dan rakan usahasama mereka.

trip-adivsor-12

Ruang antrium pelbagai guna ini dengan mudah boleh ditukar daripada ruang kerja kepada ruang lapang untuk menyokong mesyuarat sama ada secara ‘broadcast’ mahupun ‘online streaming’ dengan rangkaian pejabat mereka di seluruh dunia.

trip-adivsor-13

Ruang forum juga boleh memuatkan sehingga 1,100 pekerja ketika mesyuarat suku tahunan dijalankan, dan sebenarnya adalah kombinasi kafe dan ruang makan. Ia juga menyediakan pelbagai ruang sosial, ruang pembakar api (fireplace) dalam versi moden Rome’s Spanish Steps, 3 tingkat dinding taman yang menegak tinggi, dan siling berlangit biru.

trip-adivsor-14

trip-adivsor-15

trip-adivsor-16

trip-adivsor-17

trip-adivsor-18

Menarik bukan? Bagi para usahawan, mungkin ini boleh dijadikan pembakar semangat untuk anda juga memiliki dan menyediakan ruang kerja sebegini untuk syarikat dan perniagaan anda.

Baca lagi: Lagi 5 Pejabat Di Malaysia Yang Out-Of-Normal. Siap Ada Padang Bola!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram