Sudah tiba musim dimana beberapa telefon pintar yang bakal dikeluarkan pada Q3 2016 diumumkan. Bermula dengan Samsung Galaxy Note 7, iPhone 7 dan bakal diikuti oleh HTC Nexus.

Untuk pengetahuan anda, jenama HTC dipilih sebagai pengeluar telefon pintar keluaran Nexus pada tahun ini. Hadir dengan rekaan yang kemas serta penggunaan yang lancar pada telefon pintar flagship terbaru mereka mungkin membuatkan Google sekali lagi memberi kepercayaan buat HTC hasilkan telefon pintar Nexus terbaru.

google-nexus-2016-marlin-sailfish
Render pertama HTC Nexus 2016

Google hampir pasti untuk mengeluarkan dua telefon Nexus pada tahun ini yang diberikan codename ‘Marlin’ dan ‘Sailfish’. Berdasarkan beberapa bilangan rumour yang dikeluarkan, kami hampir pasti HTC Sailfish memfokuskan kepada kategori mid-range iaitu skrin bersaiz 5.0-inci manakala HTC Marlin memfokuskan kepada kategori flagship dengan skrin bersaiz 5.5-inci.

Nampaknya, ini mungkin gambar pertama HTC Nexus yang tertiris pada tahun ini. Kami jangkakan lebih banyak gambar yang terteras menjelang beberapa minggu lagi.

Berdasarkan gambar yang baru tertiris, dilihat HTC memilih untuk menggunakan material kaca di bahagian belakang secara penuh. Sesuatu yang baru daripada pengeluar HTC. Oh ya, Sedikit sebanyak mengingatkan kami kepada iPhone 4 dan Sony Xperia Z-series.

Dikatakan HTC Sailfish selaku flagship bagi telefon Google Nexus pada tahun ini tidak mempunyai perbezaan yang banyak dengan Samsung Galaxy Note 7 dari segi spesfikasi. HTC bakal menggunakan Snapdragon 820 serta 4 GB RAM. Agak mengecewakan buat peminat Android yang gilakan spesifikasi yang lebih tinggi, setidaknya RAM 6 GB. Dari segi kepantasan, tidak dinafikan, kedua-dua telefon Nexus bakal beroperasi ‘smooth like butter’.

Ikuti perjelasan lanjut daripada MKBHD