Setahun selepas kejayaan Huawei melancarkan Huawei P9, syarikat ini nampaknya mahu meneruskan rekod cemerlang mereka menghasilkan camera smartphone yang berkualiti tinggi dengan melancarkan Huawei P10.

Berdasarkan apa yang diumumkan Huawei, model flagship keluaran mereka ini bakal diumumkan di Barcelona sempena acara MWC 2017 pada 26 Februari ini. Dalam pada itu, seperti yang dijangka, kuasa internet nampaknya bertindak lebih pantas sementara menantikan pelancaran rasmi daripada Huawei.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Beberapa rekabentuk dan warna telah mula tertiris sejak pada bulan lepas yang memaparkan apa yang bakal dibawa Huawei buat model terbaru mereka ini. Seperti pada tahun lepas, dua model bakal dikeluarkan Huawei iaitu P10 dan P10 Plus. Berikut merupakan gambar Huawei P10 yang tertiris tempoh hari.

Berdasarkan apa yang dilihat, Huawei nampaknya semakin berani untuk mengeluarkan warna yang agak ‘rare‘ untuk sebuah smartphone dengan pilihan warna yang pelbagai.

Tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal kamera pada model terbaru Huawei. Berdasarkan ura-ura, Huawei P10 bakal menyertakan kamera 20-megapixel dan 8 megapixel di bahagian hadapan. Upgrade yang boleh tahan menarik daripada Huawei. Kami menjangkakan Huawei bakal menyertakan bokeh effect yang lebih power pada model ini hasil sentuhan Leica.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai spesifikasi dan rekabentuk Huawei P10, sama-sama kita nantikan pada 26 Februari ini dimana Huawei bakal melancarkan smartphone flagship terbaru mereka pada acara MWC 2017.

Anda Mungkin Suka