Oneplus telah mula menjadi pilihan ramai pengguna Android apabila mula mengumumkan Oneplus One yang tampil dengan spesifikasi yang masih releven sehingga kini serta harga rendah.

Penggunaan ROM Cyanogenmod sebelum ini telah membuatkan ramai kaki flash ROM sebelum ini beralih kepada OnePlus One. Proses inovasi dan promosi yang menarik telah membuatkan Oneplus semakin dikenali apabila mengumumkan Oneplus Two dan Oneplus X.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Pada tahun ini, pihak Oneplus sekali lagi akan mengumkan telefon pintar flagship terbaru mereka yang akan diberi nama OnePlus 3.

Dari segi rekabentuk didapati Oneplus 3 bakal hadir dengan rekabentuk seakan – akan siri Htc One beserta kerangka besi. OnePlus 3 bakal menggunakan dual LED flash dan USB Type-C sepertimana OnePlus  2.

Berikut merupakan kemungkinan spefikasi bagi OnePlus 3 yang bakal diumumkan nanti.

Skrin: 5.5 inci 1080p (kemungkinan bakal hadir dengan 4k display)
Processor : Octa Core Snapdragon 820 SOC 64 bit Chipset
RAM: 4 GB Memory 16/64 GB
OS: Android v6.0.1 (Marshmallow OS)
Kamera: kamera belakang 13 MP serta 5 MP kamera hadapan
Bateri: 3500 mAH

Oneplus 3 bakal diumumkan pihak Oneplus pada Q3 2016 ini dimana bakal dijual di Malaysia sekitar bulan Oktober 2016.

 

Anda Mungkin Suka