Kurang lebih sebulan sahaja lagi sebelum Samsung melancarkan smartphone flagship terbaru mereka kepada umum. Dikatakan pelancaran Samsung Galaxy S8 pada kali ini lebih kepada mengembalikan maruah Samsung yang tercalar berdasarkan insiden yang berlaku pada tahun lepas.

Ura-ura untuk Samsung tidak lagi mengeluarkan siri Samsung Note semakin kuat setelah Samsung Galaxy S8+ dengan saiz skrin yang lebih besar bakal dilancarkan. Berikut merupakan rekabentuk mengenai Samsung Galaxy S8 yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan daripada pakar leak terkenal, Evan Bless.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti juga iPhone, Samsung bakal mengeluarkan dua model pada kali ini. Kemungkinan bukan lagi siri Samsung Galaxy Edge tetapi Samsung Galaxy S8+. Dikatakan saiz skrin 5.8-inci dan 6.2-inci antara yang membezakan Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+.

Pada kami, rekabentuknya tampak sangat elegant dan minimalis. Ini merupakan pertama kali ini sejak mula diperkenalkan Samsung siri Galaxy tidak lagi menyertakan home button. Hal ini membolehkan model ini mempunyai lebih banyak ruang untuk menyertakan saiz skrin yang lebih besar pada frame yang lebih kecil. Cool!

Selamat tinggal home button

Melihat kepada trend 2017, kemungkinan kita akan melihat lebih banyak smartphone yang dikeluarkan selepas ini hadir tanpa home button. Bermula dengan LG G6, seterusnya Samsung Galaxy S8 dan mungkin iPhone terbaru yang bakal menyusul September ini.

Buat anda yang lebih sukakan penyertaan home button dibahagian hadapan, mendapatkan Samsung Galaxy S7 Edge mungkin masih releven ketika ini. Kameranya yang dipilih sebagai antara ‘Best Smartphone Camera Of The Year 2016’ mungkin tidak jauh bezanya berbanding model terbaru yang bakal dikeluarkan Samsung ini.

Samsung Galaxy S7 Edge yang dulunya dijual dengan harga RM3099 kini dijual secara promosi dan ansuran di Lazada. Anda boleh dapatkannya di sini.