Oktoberfest ini boleh dikatakan pesta arak besar-besaran yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun di seluruh dunia. Pesta Arak ini sebenarnya bermula dari sebuah bandar Munich yang terletak di Jerman.

Di Malaysia, turut dianjurkan Oktoberfest dan telah mendapat lampu hijau oleh Menteri Wilayah Persekutuan dengan syarat perlu membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut seorang pengguna Facebook dengan nama Achmat Kmitzki, bagi beliau Octoberfest lebih banyak membawa masalah. Menurut beliau, penduduk tempatan dinasihatkan supaya tidak keluar daripada rumah apabila pesta ini diadakan dek kerana hampir kesemua orang tempatan di negara itu tidak ubah seperti orang gila dan terlalu banyak jenayah yang berlaku ketika Oktoberfest.

Adakah relevan pesta ini diadakan di Malaysia?

Kami di VOCKET mendapatkan beberapa pandangan daripada netizen tentang penganjuran Oktoberfest. Terdapat sesetengah pihak yang menganggap ianya relevan untuk dilakukan di Malaysia malah ada juga yang sebaliknya.

Masyarakat yang menganggap ianya relevan :

“Pandangan peribadi saya, umumnya arak mmg tak pernah membawa sebarang kebaikan kepada manusia sejagat kecuali dlm kes-kes yang sangat minoriti, sama juga seperti rokok. Tapi kerajaan membenarkan penganjuran Oktoberfest ( dgn syarat yg ketat dan lokasi tertutup). Saya yakin bukan bermakna kerajaan menyokong tetapi sekadar memenuhi kontrak sosial masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.” – Ezar

“Bagi saya ada dua pandangan, dari sudut kesihatan tidak relevan sebab benda tu bahaya untuk kesihatan dan untuk orang awam lagi dan bagi untuk orang yang non-muslim relevan sahaja asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam.” – Salman

“Ianya relevan tapi masih kena hormati orang Islam, jangan terlampau mabuk sehingga tak ingat dunia. Sebab saya rasa dalam Malaysia kita ada pelbagai bangsa dan kaum dan kita perlu saling menghormati lah. Kita ni negara harmoni jadi kita kena bagi apa yang orang bukan Islam nak buat selagi tidak ada orang Islam yang turut serta sebab penganjuran ini terang-terang hanya untuk orang bukan Islam sahaja.” – Khadijah

“Bagi saya relevan kerana kenapa kita nak mempertikaikan hak kebebasan bersuara mereka untuk menikmati arak, kita orang Islam dan Islam memang melarang orang Islam untuk minum arak tapi kita siapa untuk menghalang orang yang bukan Islam untuk minum arak.” – MimiYuzi

“Bagi saya ia sebenarnya agak relevan lah, saya tak pandang benda tu sebagai orang Islam, saya pandang ia disebabkan kawan-kawan sekeliling yang beragama bukan Islam jadi saya tidak ada masalah benda selagi saya tidak minum dan tidak mengganggu kehidupan saya.” – Redho Low

Octoberfest

Masyarakat yang menganggap ianya tidak relevan :

“Tak patut! Sebab negara Malaysia dah di isytiharkan sebagai negara Islam. So mmg tak patut nak adakan pesta arak walaupun ramai yg non-muslim di Malaysia.” – Intan Farhana

“Tak patut sebab ni negara Islam, satu lagi pemimpin kita pon Islam, memang sekarang Melayu kita sendiri ada yang minum tapi pesta tersebut tak patut diadakan kat Malaysia.” – Airil Affandi

“Tak patut diadakan kat Malaysia sebab Malaysia adalah negara Islam cuma di duduki oleh pelbagai bangsa dan juga berlainan agama sahaja. Malaysia juga salah satu negara yang punya undang-undang ketat dari segi halal dan haram.” – Adi

“Tak elok sbb kita tak marah dia nk minum arak, tapi hormat la org sekeliling. Takpayah sampai buat pesta. Kita Islam tak larang dia nak buat apa yg dia nak buat tapi pesta? haha mcm lebih-lebih.” – Fakhri

bayernoktoberfest3009a

Jadi kesimpulannya di sini, ada sesetengah pihak yang menganggap ianya relevan kerana mereka berpandangan dari sudut Malaysia yang mempunyai berbilang kaum dan seharusnya menghormati agama masing masing dan selagi tidak menarik orang Islam untuk menyertai pesta tersebut.

Sesetengah pihak lagi merasakan ianya tidak relevan dek kerana akan mengganggu ketenteraman awam dan mereka juga berpandangan dari sudut yang berbeza iaitu Malaysia ini adalah negara Islam yang mempunyai undang-undang yang ketat dari segi halal dan haram. Apa pula pandangan anda dalam isu ini?