Setiap hari pasti ada sahaja kemalangan yang berlaku disebabkan blind spot atau titik buta. Masalah melibatkan kurang peka atau sememangnya tidak dapat dilihat pada tempat pemandu antara yang menjadi punca.

Melihat kepada peningkatan kes kemalangan melibatkan blind spot, seorang remaja berusia 14 tahun ini hadir dengan solusi yang membantu para pemandu mengatasi masalah blind spot. Berikut merupakan inovasi yang dihasilkan beliau.

Meskipun masalah ini sudah berjaya diatasi oleh beberapa syarikat automotif dengan penyertaan sensing yang pelbagai, solusi oleh Alaina Gassler ini dilihat lebih mampu milik. Penyertaan webcam, projektor dan penggunaan material 3D antara yang membolehkan para pemandu melihat titik buta dengan jelas tanpa sebarang masalah.

Kejayaan Alaina Gassler di Broadcom MASTERS membolehkan beliau menerima hadiah biasiswa bernilai $25,000 (RM103,817.50). Agak menarik untuk menyaksikan lebih ramai anak muda yang menyerlah dalam industri sains dan teknologi. Ketahui lebih lanjut mengenai Alaina Gassler dengan tonton video di bawah.

Anak muda di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Sebelum ini dikongsikan remaja 14 tahun yang berjaya mencipta powerbank khas buat abangnya. Turut dikongsikan pelajar yang berjaya mencuri perhatian YB Syed Saddiq selepas berjaya hidupkan motosikal menggunakan IC.

Belum Mampu Membeli, Remaja 14 Tahun Ini Hasilkan ‘Powerbank’ Buatan Sendiri Untuk Abangnya

Pelajar Ini Curi Perhatian Syed Saddiq Selepas Berjaya Hidupkan Motosikal Menggunakan IC