Seorang pelajar berusia 16 tahun dari Malaysia yang dikenali sebagai Sara Sofea mencipta rekod baharu sebagai pendaki wanita termuda Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak Gunung Elbrus. Gunung yang terletak di Rusia itu merupakan puncak tertinggi di benua Eropah setinggi 5,642 meter.

Pengiktirafan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Mountaineering, Rock Climbing and Sports Tourism, Federation Of Kabardino-Balkarian, Republic Of Russia, Abdul Halim Olimezov. Pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) itu berjaya tiba di puncak Gunung Elbrus pada jam 4.25 petang. Pendakian tersebut diiringi oleh bapanya, Muhammad Illaham Ishak yang merupakan Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sarasofea

Sara juga turut diiringi oleh seorang pelajar Universiti Putra Malaysia, (UPM), Muhammad Farhan Abdul Rahman. Mereka memulakan pendakian pada awal pagi 15 Ogos dan mengambil masa 12 jam untuk tiba di puncak. Ekspedisi tersebut memaksa para pendaki untuk berhadapan dengan cuaca sejuk iaitu negatif 20 celcius selain angin kencang sepanjang pendakian.

Sara sempat mengalami beberapa kesukaran termasuklah Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu tindak balas tubuh terhadap kadar oksigen yang sedikit di tempat tinggi. Namun menurutnya sokongan daripada bapa dan pendaki sokongannya membuatkan beliau kembali bersemangat untuk meneruskan pendakian sehingga akhir.