Anda sedang mencari kasut rare? Sudah merantau serata dunia tapi masih tak jumpa? Anda perlukan bantuan ‘Sneaker Don’.

Benjamin Kapelushnik atau ‘The Sneaker Don’ adalah remaja berusia 16 tahun tetapi sudah menjadi reseller untuk kasut-kasut rare yang berada di pasaran. Client tetap beliau termasuklah DJ Khaled dan Chris Brown. Hebat Benjamin ini kerana dikatakan nilai urusan perniagaan kasut beliau ini sudah mencecah USD 1 juta. Hebat untuk remaja yang baru berusia 16 tahun.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Semuanya bermula beberapa tahun dahulu apabila beliau mendapat kasut pertamanya, ‘Galaxy’ LeBron dan Kobe dari ibunya. Pada mulanya beliau tidak tahu langsung berkenaan kasut dan memakainya ke sekolah. Setelah mendapat pujian tentang kasut yang dipakainya, dari situ beliau mula jatuh cinta dengan kasut sneakers.

Untuk mendapatkan koleksi-koleksi kasut rare ini, beliau sudah ada ‘orang dalam’ yang memegang kontrak kasut Nike dan Adidas. Jadi beliau berurusan secara terus dengan individu-individu ini untuk mendapatkan kasut-kasut rare ini. Dan kadangkala beliau mengupah rakan-rakan beliau untuk beratur membeli kasut dengan upah USD50 setiap seorang.

benjamin-kickz-wide-1_q1j0ju (1)

Memang dia seorang ‘don’ sebab boleh upah rakan untuk beratur. Tetapi itu bukan jumlah yang besar bagi Benjamin kerana kasut-kasut itu nanti boleh dijual dua kali ganda dari harga asalnya dan kadangkala 3-5 kali ganda, bergantung kepada permintaan model kasut yang dicari.

Client paling kerap berurusan dengan Benjamin adalah produser lagu terkenal, DJ Khaled. Beliau akan membeli beberapa pasang kasut setiap kali berurusan dengan Benjamin dan dari situ reputasi Benjamin berkembang dan sekarang ini beliau menjadi sumber sneakerheads malah selebriti untuk mendapatkan kasut yang mereka ingini.

benjaminkickz-plug-1

Lihat dari latar belakang Benjamin ini, beliau sendiri memang dari keluarga yang berada. Jadi, tiada masalah untuk beliau medapatkan dana awal untuk bisnes beliau ini. Tapi kredit untuk beliau sebab sudah menceburkan diri dalam dunia bisnes dari usia yang muda.

Business is boomin son! Boleh ke sneakerdon.com kalau anda nak cari kasut impian anda. Lihat video di bawah jika anda mahu mengenali Benjamin dengan lebih lanjut.

Anda Mungkin Suka