Budak-budak sekolah zaman sekarang ini sudah pandai mencari kerja bagi menambah pendapatan sampingan mereka. Selalunya, mereka ini adalah seorang anak yang bertanggungjawab dan ingin meringankan beban keluarga. Ada yang bekerja untuk membeli sesuatu yang diingini tanpa meminta wang ringgit daripada keluarga.

Baru-baru ini tulah di media sosial, di mana seorang pengguna Twitter, @ariffazharb memuat naik sebuah perkongsian gambar mengenai seorang pelajar sekolah tingkatan 4 yang membuat kerja sambilan sebagai rider penghantar makanan setiap kali hujung minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian yang dimuat naik sejak Sabtu lalu telah menerima lebih 27,200 retweets daripada netizen.

Perkongsian tersebut menyentuh hati ramai netizen. Rata-rata netizen memuji pelajar tersebut dan ada yang ingin memberi sumbangan kepada pelajar tersebut.

https://twitter.com/syahmieg/status/1190607911417856000

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian syarikat Dahmakan, tempat remaja tersebut bekerja sebagai rider. Syarikat tersebut turut mendoakan semoga pelajar tersebut dimurahkan rezeki dan memberikan galakan kepada pelajar tersebut untuk terus berusaha.

https://twitter.com/dah_makan/status/1191190859942776832

Namun menurut pelajar tersebut yang bernama Muhd Irwan Shah Sabarudin kepada Harian Metro, dia berkata segala keperluanya mencukupi. Dia memilih bekerja sambilan sebagai penghantar makanan kerana mahu berdikari dan menimba pengalaman.

Baru-baru ini remaja cacat penglihatan diangkat menjadi bilal Masjid Negeri Selangor. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Remaja Cacat Penglihatan Diangkat Menjadi Bilal Masjid Negeri Selangor

Remaja 14 Tahun Ini Berjaya Mencipta Solusi Bagi Masalah ‘Blind Spot’ Ketika Memandu

Remaja 16 Tahun Dari Malaysia Berjaya Tawan Gunung Elbrus, Rusia