Tertuduh utama kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur pada 2017 akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah hari ini.

Dia yang kini berusia 19 tahun menerima hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, kerana Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati .

Menurut Harian Metro, dia sebelum ini didakwa menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

c1_1324127
Keadaan di sekitar pusat tahfiz yang terbakar pada 2017 di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian tersebut, seramai 23 penghuni yang terdiri daripada 21 pelajar dan dua guru maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang disebabkan tertuduh.

Susulan kejadian tragis tersebut, dia kemudiannya didakwa dengan 23 pertuduhan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Peringkat pendakwaan kes itu yang bermula sejak 2018 telah menyaksikan 71 saksi hadir memberi keterangan sebelum hukuman penjara ke atasnya dibuat  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Baca juga perkongsian kami mengenai sebuah pusat tahfiz sebelum ini yang dilaporkan mengeksploitasi kanak-kanak di pautan di bawah. 

Pusat Tahfiz Eksploitasi Kanak-Kanak Akhirnya Ditutup

Benarkah Drama ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ Burukkan Institusi Tahfiz?

Dibuli Di Hari Jadi, Pelajar Tahfiz Ini Alami Kecederaan Hati Dan Limpa