Seorang remaja berusia 24 tahun telah berkongsi dengan laman Instagram MalaysianPayGap mengenai gaji dan kerja beliau sebagai penyunting video. Sepanjang menjadi orang belakang tabir untuk suntingan video, beliau telah memperoleh sebanyak RM20,000.

“Saya berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran. Saya bekerja sebagai krew kabin untuk kedua-dua syarikat penerbangan dan mendapati ia tidak sesuai untuk saya.

Baca Juga:

“Semasa PKP pada tahun 2021, saya mula belajar menyunting video kerana terperangkap di rumah. Selepas 1 tahun, saya sudah menjana lebih banyak wang yang pernah saya fikirkan, dan ia sudah pasti mengubah fikiran”, tambahnya.

Permulaan karier beliau sebagai seorang penyunting video adalah dengan membina hubungan dengan pemilik perniagaan atau agensi pemasaran yang ada di Facebook. Satu hal yang beliau sedar, dengan membina hubungan baik dengan potensi pelanggan, ia memudahkan kerja beliau.

Kebanyakan pelanggan saya adalah dari luar negara dan sebagai editor video bebas, pasti ada kebaikan dan keburukan”, katanya. Antara kebaikannya adalah bekerja dari rumah, dapat bayaran dalam USD, anda adalah bos kepada diri sendiri, bagus jika anda seorang introvert, lebih banyak bekerja dan lebih banyak wang yang anda dapat.

Ini bukanlah kali pertama seorang remaja mengaku bahawa beliau memperoleh gaji lumayan di laman Instagram MalaysiaPayGap. Terdahulu, seorang remaja berusia 17 tahun turut berkongsi cerita bagaimana beliau memperoleh RM14,000 sebagai jurutera perisian.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 4 tahun berkata bahawa beliau bekerja di salah sebuah syarikat multinasional teknologi kewangan dengan kapasiti pekerja seramai 200 orang yang datang dari pelbagai latar belakang.

Sehingga sekarang siapakah individu tersebut masih menjadi misteri, namun halaman Malaysiapaygap mengesahkan slip gaji dan nombor kad pengenalan murid berusia 17 tahun tersebut.