Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan diri masing-masing yang diberikan oleh Allah S.W.T. Namun, ada yang dilahirkan dengan kekurangan secara fizikal tetapi tidak bermaksud kita sebagai manusia normal harus memandang rendah kemampuan diri mereka.

Seorang remaja yang berstatus orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan sejak lahir telah dilantik menjadi bilal bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pertama kali dalam sejarah buat masjid tersebut.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Sumber: Islam Itu Indah

Remaja yang bernama Mohammad Syafiizwan Mohd Suhaini ini baru berusia 19 tahun, berasal dari Kampung Bukit Kerayong Klang itu dilantik menjadi bilal masjid tersebut pada 1 Ogos lalu selepas berjaya melalui pemilihan Akademi Muazzin.

Menurutnya, dia tidak menyangka untuk menjawat jawatan tersebut, namun atas sokongan semua pihak, dia berharap kejayaan ini menjadi dorongan untuk golongan senasib menjadi insan yang lebih baik.

“Ini semua rezeki daripada ALLAH dan menganggap pelantikan saya ini sebagai kejayaan serta penaik semangat buat golongan yang senasib dengan saya di mana insan istimewa seperti kita boleh berjaya.” ujarnya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, kejayaan yang dikecapinya ini adalah hasil usaha serta sokongan bapanya yang tidak jemu-jemu memberikan dorongan kepadanya. Bapanya juga telah menemani Syafiizwan menyertai Akademik Muazzin sejak dari mula lagi.

Kenali individu hebat  ini yang mewakafkan Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Inilah Individu Hebat Yang Mewakafkan Masjid Sri Sendayan Di Negeri Sembilan

Qatar Bina Masjid Dengan Reka Bentuk Futuristik

Derma Secara Tanpa Tunai Di Masjid Dengan eWallet Touch ‘n Go

 

 

Anda Mungkin Suka