Pekerja landasan dan rakan-rakannya sebelum ini sudah memberi amaran kepada beliau supaya tidak berjalan begitu dekat dengan landasan kereta api. Namun beliau langsung tidak menghiraukan amaran tersebut sehingga beliau mengalami cedera parah selepas dirempuh oleh keretapi yang laju, lapor FirstPost.

Akshay Raj, remaja yang tidak ‘makan nasihat’  di Kazipet Telangana cedera parah selepas dirempuh kereta api. Insiden yang berlaku Ahad lalu difahamkan terjadi selepas beliau berkeras mahu mencipta sebuah kandungan bagi dimuat naik di dalam Instagram. Bagaimanapun, aksi itu terbukti gagal, dan akibat impak perlanggaran itu, dia terpelanting ke udara.. Keseluruhan kejadian itu dirakamkan dan klip itu telah tular.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter. Di bahagian kapsyen, beliau menulis, “Remaja 17 tahun cedera parah ketika membuat Instagram Reels di landasan kereta api berhampiran Kazipet di Telangana.”

Menurut laporan Telangana Today, remaja itu, yang dikenali sebagai Akshay Raj, adalah pelajar dari Waddepally. Dilaporkan, selepas kejadian itu, seorang pengawal kereta api terus menghubungi polis. Tidak lama selepas itu, sebuah ambulans membawa remaja terbabit ke Hospital MGM kendalian kerajaan.

Dia kemudiannya dipindahkan ke hospital swasta oleh keluarganya. Menurut laporan hospital, Akshay telah mengalami patah tulang kaki dan kecederaan di muka.

Wanita ini hampir maut dilanggar beg pakaian yang jatuh dari eskalator. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Ini Hampir Maut Dilanggar Beg Pakaian Yang Jatuh Dari Eskalator

‘Public Transport Jadi Public Toilet’ – Wanita Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT

‘Student Buat Research, Uni Dapat Nama’ – Universiti Malaya Dituduh Curi Kajian Pelajar PhD