Dua remaja ditahan selepas didakwa terlibat dalam aksi tembakan maut di luar bandar Missouri, Amerika Syarikat. Fox2Now melaporkan mangsa berusia 18 tahun maut ditempat kejadian manakala seorang wanita berusia 18 tahun cedera.

Kedua-dua suspek, Kaleb Ramsey dan Tanner Watkins didakwa dengan pembunuhan tahap pertama, serangan dan penggunaan senjata yang melanggar undang-undang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Polis Sikeston memberitahu media bahawa pergaduhan yang membawa kepada aksi tembakan tersebut pada mulanya terjadi akibat pergaduhan di media sosial.

Difahamkan bahawa mangsa telah bertindak memberi reaksi emoji ketawa di media sosial suspek sehingga berlakunya pergaduhan yang membawa kepada pertemuan kedua-dua mereka di sebuah taman untuk bergaduh, yang membawa kepada aksi tembakan.

Mangsa berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala seorang wanita cedera parah dan dibawa ke hospital.

Setakat ini, polis masih belum mendedahkan nama mangsa. Bagaimanapun, menurut Nayag News, mangsa adalah Isaiah Fitzgerald, remaja yang bertanggungjawab memberi reaksi ketawa pada gambar Watkins di Facebook.

Ramsey dan Watkins kini ditahan oleh polis tanpa dibenarkan untuk diikat jamin. Skuad Kes Utama Missouri Tenggara juga membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan. Senapang suspek diambil sebagai bukti.