Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang remaja bertindak menanggalkan gelang merah jambu yang dipakai olehnya untuk keluar bersiar-siar. Tindakan remaja berusia 17 tahun itu membawa padah apabila dia dikompaun sebanyak RM5,000 oleh pihak polis.

Memetik laporan berita yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata hasil siasatan mendapati bahawa kejadian video yang tular terbabit berlaku di Kamunting dan mula mendapat perhatian netizen semalam.

Tambahnya lagi, pihak polis berjaya mengesan lokasi remaja yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Remaja itu difahamkan sudah menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu namun keputusannya masih belum diperoleh.

Kompaun tersebut dikeluarkan ke atas remaja terbabit kerana dia melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Selamba tayang beli barangan pakai ‘gelang pink’, tindakan wanita ini buat netizen tidak senang. Klik pautan di bawah.

Selamba Tayang Beli Barangan Pakai ‘Gelang Pink’, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Tidak Senang