Istilah ‘mak cik’ atau ‘pak cik’ sering digunakan oleh kebanyakan orang di Asia. Ia melambangkan tanda hormat kepada mereka yang lebih tua daripada kita.

Di barat, budaya ini sedikit berbeza apabila sesetengah daripada mereka di sana lebih selesa memanggil orang, tidak kira tua atau pun muda, dengan panggilan nama pertama.

Bagaimanapun, walaupun budaya ini sudah sebati di Asia, bagi sesetengah orang, ia dianggap sesuatu yang kurang ajar jika seseorang itu belum berkahwin atau mahu merasa dirinya muda.

Itulah yang terjadi di Etah, India apabila seorang remaja berusia 19 tahun dipukul oleh seorang wanita berusia 40 tahun setelah memanggil wanita itu dengan panggilan ‘mak cik’.

Menurut Times of India, remaja itu dengan sopan menyapa, “Maaf, mak cik,” di pasar yang penuh sesak, dengan harapan wanita yang disapa itu akan memberinya ruang untuk berjalan.

Namun, lain pula yang dia dapat. Wanita berusia 40 tahun itu mengecam dan menampar remaja terbabit sehingga tercetusnya pertengkaran yang menarik puluhan orang menjadi penonton.

Sementara itu, seseorang penonton telah bertindak merakam kejadian terbabit yang kemudiannya viral di media sosial.

Pegawai rumah stesen Kanchan Katiyar berkata kepada Times Of India bahawa remaja dan wanita berusia 40 tahun itu telah dibawa ke balai polis dan tidak lama selepas itu dibebaskan.

Terdahulu, seorang remaja dengan nama ‘Corona’ telah dibelasah oleh penduduk di India. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dipanggil ‘Corona’, Wanita Ini Dibelasah Hingga Pengsan Oleh Penduduk India

Saintis Dakwa Cara Hidup Yang Kotor Buat Rakyat India Kebal Daripada COVID-19