Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejadian rogol melibatkan gadis berusia 16 tahun di lokap balai polis di Miri telah menjadi perhatian netizen. Difahamkan, seramai 11 pegawai kanan polis dan berpangkat rendah berdepan tindakan disiplin berhubung kes tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman, Zamri Yahya mengatakan pegawai yang didapati cuai dalam menjalankan tugas mereka akan diturunkan pangkat atau dibuang kerja.

Sebelum ini, dua orang anggota polis yang bertugas pada waktu kejadian telah digantung tugas. Untuk pengetahuan anda, mangsa berusia 16 tahun dipercayai telah dirogol oleh seorang tahanan lelaki pada 9 Januari lalu.

Difahamkan, tahanan lelaki (suspek) yang berusia 19 tahun telah dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Ketika ini, sebanyak dua laporan polis telah diterima berhubung kejadian termasuk laporan daripada seorang anggota polis dan mangsa rogol.

Malah, kedua-dua kertas siasatan yang dibuka telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Bangga Cium Bibir Adik Angkat, Tindakan Lelaki Ini Ditegur Penceramah Bebas

Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis

Anda Mungkin Suka