Pernahkah anda memikirkan kehidupaan anda di lautan sekiranya tersesat seorang diri di lautan selama 49 hari? Pasti sukar bukan? Jika kami, tersesat seorang diri di lautan selama 7 hari mungkin sudah tidak mampu untuk bertahan hidup.

Walaubagaimanapun, lain ceritanya dengan Aldi Novel Adilang, remaja berumur 19 tahun yang berasal dari Indonesia ini. Niat beliau yang pada mulanya untuk keluar bekerja sebagai penjaga lampu bagi menarik perhatian ikan bertukar kepada misi menyelamatkan diri setelah tali yang ditambat beliau terputus berikutan angin yang kuat pada 14 Julai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasilnya, beliau telah dibawa arus seterusnya membuatkan beliau jauh 1,200 batu daripada perkampungannya.  Difahamkan beliau berjaya hidup seorang diri di lautan selama 49 hari di lautan sehingga diselamatkan oleh pasukan penyelamat Indonesia di perairan berdekatan Osaka.

indonesia-teenager-adrift-2-ap-jt-180924_hpEmbed_11x8_992
Keadaan Aldi Novel selepas diselamatkan pasukan perairan. Sumber: Indonesian Consulate General in Osaka

Mengulas mengenai bagaimana Aldi Novel mampu bertahan, Aldi mengatakan beliau turut menguasai ilmu perairan termasuk cara untuk mendapatkan ikan. Berbekalkan beberapa kayu yang dibawa, beliau turut menggunakannya untuk menghasilkan api untuk memasak. Kehidupannya secara tidak langsung berjaya membuatkan kami terbayang filem ‘The Life of Pi’ dalam dunia sebenar.

Seusai Aldi Novel diselamatkan, beliau telahpun diberi beberapa bekalan makanan serta bergegas dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Lebih memeranjatkan ramai, beliau berjaya ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang masalah komplikasi kesihatan selepas 7 minggu di lautan.

Sumber: Indonesian Consulate General in Osaka

Kini beliau telahpun dibawa untuk bersama keluarga di Manado, Indonesia. Setakat ini, beliau masih lagi dalam tempoh rehat selepas mengalami sedikit trauma daripada insiden yang berlaku. Tahniah Aldi Novel! Anda sememangnya remaja yang hebat. Tidak ramai remaja dengan umur sebaya anda mampu melalui cabaran ini dengan jayanya.

Ikuti temubual dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengalaman Aldi Novel sepanjang 49 hari di lautan.

Sumber