Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas anda lihat gambar lelaki ini, anda pasti akan tertanya-tanya belah mana yang sama seperti David Beckham. Jack Johnson berusia 19 tahun sangat obses dengan David Beckham sehingga setakat ini dikhabarkan beliau sudah membelanjakan lebih 20,000 pound (lebih RM100,000) untuk kelihatan seperti idolanya itu.

Remaja yang tidak bekerja itu telah melakukan banyak pembedahan plastik termasuk suntukan Botox, rawatan gigi, suntikan pada bibir da banyak lagi menggunakan wang yang beliau pinjam dari bank. Ya, beliau menggunakan wang pinjaman untuk membuat kesemua pembedahan ini.

Beliau kini dalam usaha untuk membuat pembedahan gastric band untuk memastikan beliau mendapat susuk tubuh menawan seperti Beckham kerana bagi beliau, saiz tubuh beliau yang sekarang ini menjadi penghalang untuk beliau menjadi seperti Beckham sepenuhnya.

david-beckham-beyond-2016-fragrance-002

Pastinya sukar untuk menjadi seperti idola anda apabila anda langsung tidak sama seperti idola anda itu. Seperti yang diberitahu hos rancangan dalam video di bawah ini, struktur tulang muka Jack langsung berlainan dari David Beckham. Beliau nampak lebih seperti Miley Cyrus berbanding David Beckham. Anda boleh lihat temubual Jack Johnson berkenaan kenapa beliau mahu sangat jadi seperti David Beckham di video di bawah. Don’t stop believing !

Anda Mungkin Suka