Memiliki badan yang ideal adalah impian semua orang. Ada yang sanggup menjalani diet ekstrim atau menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki bentuk badan yang mereka impikan. Manakala yang lain pula mengotakan impian mereka dengan hanya bersenam.

Namun, lain sedikit bagi remaja ini. Dia berjaya menurunkan berat badan dan memiliki tubuh yang sasa dengan hanya bermain permainan video dengan kerap. Tidak pasti bagaimana ini boleh berlaku, tetapi remaja ini mengakui perkara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti dikutip dari media antarabangsa, seorang remaja Jepun berjaya menurunkan berat badan hanya dalam beberapa bulan selepas bermain game. Remaja itu kemudian berkongsi kisah kejayaannya menurunkan berat badan melalui akaun Twitternya yang disebut ‘kzm’.

https://twitter.com/_kz9/status/1288780416036401152

Dalam muat naik di laman Twitter, Kzm menunjukkan tubuhnya sebelum dan selepas bermain permainan video Ring Fit selama enam bulan. Muat naik tersebut kemudiannya mendapat perhatian orang ramai dengan lebih daripada 23,700 ciapan balas dan 82,200 tanda suka.

“Ini adalah hasil dari seorang kutu bermain Ring Fit selama setengah tahun,” tulisnya dalam bahasa Jepun.

Mula bermain sejak perintah lockdown

Kzm mengakui bahawa dia menjadikan permainan Ring Fit sebagai rutin sejak November tahun lalu bagi menjaga tubuh badannya sepanjang tempoh perintah berkurung disebabkan pandemi COVID-19.

Dalam foto yang dikongsi olehnya, pada bulan November 2019, kelihatan Kzm mempunyai masalah dengan bentuk badannya. Sementara itu, dalam foto yang diambil pada bulan Julai 2020, tubuhnya kelihatan lebih kurus dan sasa.

Kzm juga telah berkongsi kepada umum yang bertanya secara terperinci bagaimana sebuah permainan video mampu untuk menurunkan berat badan. Dia memberitahu bahawa terdapat jangka masa yang perlu dimainkan dan jumlah kalori yang dibakar setiap sesi permainan.

Menurut sumber berita antarabangsa, pada bulan Julai Kzm telah bermain selama lebih dari 100 jam, berlari sejauh 175 km dan membakar 21,000 kalori. Walaupun begitu, sebahagian netizen mengaku tidak mempercayainya dan menuduh dia menipu kerana mahu mempromosikan permainan tersebut.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

TMJ Kongsi Cara Sebenar Turunkan Berat Badan Sehingga 22 KG

‘Bawang Putih Dan Madu’ Bantu Lelaki Ini Turun Berat Badan Sehingga 4KG Sepanjang PKP

Restoran Ini Wajibkan Pelanggan Untuk Timbang Berat Badan Sebelum Memesan Makanan

Sumber