Sekiranya dijanjikan tawaran sebanyak $8 juta (RM35 juta) hanya untuk meletak iklan pada laman web, pasti ramai yang tidak berfikir panjang untuk bersetuju dengannya. Namun lain ceritanya mengenai Avi Schiffmann yang baru sahaja berusia 17 tahun ini.

Kisah beliau mulai tular apabila Avi Schiffmann berjaya menjadi individu terawal menghasilkan sebuah laman web untuk orang ramai melihat statistik COVID-19 secara live.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek yang mulai dibuat sekadar untuk membantu orang ramai dan mencabar skil diri nampaknya berjaya mendapat sambutan hangat sekaligus mengumpul jumlah pelawat yang ramai seawal seminggu selepas dilancarkan.

20851683_web1_M1-AviSchiffmann-MIR
Sumber: Mi-reporter

Melihat kepada sambutan yang diterima, beliau kemudiannya pilih untuk tidak hadir ke sekolah seminggu semata-mata untuk memfokuskan kepada projek laman web yang dibangunkannya. Usaha beliau dalam membantu orang ramai nampaknya berbaloi setelah laman beliau iaitu nCOV2019 berjaya mengumpul lebih 350 juta pelawat tiga bulan sejak pelancaran pada Disember 2019.

Berjaya mengumpul jumlah pelawat yang tinggi, Avi Schiffmann nampaknya turut dilamar oleh syarikat pengiklanan yang sudi membayar sehingga $8 juta (RM35 juta) untuk menyertakan iklan pada laman web yang dihasilkan beliau.

Siapa sangka, remaja berusia 17 tahun ini telah menolak tawaran ini dengan mengatakan laman web yang dihasilkan bertujuan untuk membantu orang ramai mengetahui jumlah pesakit COVID-19 secara live.

1-14
Sumber: Trenszilla

Avi Schiffmann juga berpendapat beliau setakat ini tidak mempunyai keperluan untuk menerima tawaran yang mampu membuatkan beliau ‘bersara’ seawal usia 17 tahun sekaligus memilih untuk membiarkan laman web yang dilawati ramai ini bebas iklan.

Usaha beliau untuk membantu orang ramai telah menerima pujian ramai daripada netizen. Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek yang dibangunkan Avi Schiffmann sehingga mendapat perhatian media Bloomberg.

Ketahui juga kita harus bersyukur dengan cara pengendalian COVID-19 di Malaysia. Turut dikongsikan, WHO memilih Malaysia untuk menguji ubat bagi rawatan COVID-19.

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

WHO Pilih Malaysia Untuk ‘Menguji’ Ubat Bagi Rawatan COVID-19

 

Sumber