Beberapa remaja di Kelantan yang mendaki Bukit Panau dikenakan dengan kompaun berjumlah RM2,000. Kesemua mereka didapati bersalah kerana mendaki bukit tersebut dengan tidak melengkapkan vaksinasi COVID-19.

10 remaja terbabit yang berumur di antara 14 hingga 18 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa yang memantau pengunjung di sekitar Bukit Panau. Remaja terbabit ketika disoal siasat gagal menunjukkan bukti bahawa mereka telah menyelesaikan dua dos vaksin COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata kepada Harian Metro selain dadipada kompoun, terdapat juga beberapa pengunjung yang telah diberi amaran kerana leka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Tambah beliau lagi, tindakan telah diambil menurut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurut peraturan, rakyat Malaysia yang layak menerima vaksin harus melengkapkan vaksinasi sepenuhnya sebelum mengambil bahagian dalam kegiatan rekreasi di tempat umum, selain mematuhi SOP seperti memakai penutup muka dan menjaga penjarakan sosial.

Vaksinasi dari sudut Islam yang anda patut tahu. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Vaksinasi Dari Sudut Pandangan Islam Yang Anda Patut Tahu

Hanya Pelanggan ‘Wajib’ Divaksinasi Penuh, Bukan Pekerja Kedai Makan

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan ‘Dine-In’ Di Restoran