Remaja di Korea Utara telah dihukum bunuh kerana menonton rancangan TV dari Korea Selatan, kata laporan yang diterbitkan oleh The Telegraph.

Kementerian penyatuan Seoul mendapat keterangan daripada lebih 500 pembelot Korea Utara dalam laporan baharu mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh Pyongyang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia termasuk laporan enam remaja berusia 16 dan 17 tahun yang berdepan hukuman mati kerana menonton rancangan TV Korea Selatan, menghisap dadah, dan peniaga yang menjual barangan Korea Selatan secara rahsia seperti kasut tumit tinggi dan kosmetik.

Satu keterangan mendedahkan bahawa seorang wanita hamil terbunuh selepas video menarinya di rumah dan menunjukkan gambar Kim Il-sung, yang memerintah Korea Utara dari penubuhannya pada 1948 hingga kematiannya pada 1994, menjadi tular, lapor Korea Herald.

Maklumat ini bagaimanapun sukar untuk disahkan kerana kekurangan akses ke Utara, tetapi ia serupa dengan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kumpulan pembelot, organisasi bantuan dan pakar mengenai Korea Utara.

Awal minggu ini, Yoon Suk Yeol, presiden Korea Selatan, berkata pelanggaran hak asasi manusia Korea Utara “harus didedahkan sepenuhnya kepada masyarakat antarabangsa”.

Laporan kerajaan Korea Selatan sebelum ini mengenai situasi hak asasi manusia di Utara diklasifikasikan dan tidak didedahkan kepada umum oleh pentadbiran Moon Jae-in, bekas presiden, yang menyebut keperluan untuk melindungi identiti pembelot yang memberi keterangan.

Moon dituduh oleh aktivis bahawa meletakkan usaha rundingan nuklear dengan Kim Jong-un mendahului kebimbangan hak asasi manusia.