Di zaman serba mudah ini, pelbagai cara yang sanggup dilakukan oleh manusia bagi memperoleh apa yang mereka mahukan. Terutamanya kemasyuran. Tidak kira perkara itu merbahaya atau apa, #demicontent semua orang sanggup melakukannya. Mungkin itulah yang bermain di kepala mangsa, seorang remaja di Indonesia yang maut dilanggar lori.

Baru-baru ini, terdapat laporan daripada media antarabangsa bahawa anak muda di sana kini sedang gila dengan cabaran baharu TikTok yang dipanggil cabaran malaikat maut. Cabaran ini memerlukan pengguna TikTok untuk melompat di hadapan lori yang bergerak laju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cabaran ini telah membuatkan sebahagian daripada mereka dilaporkan mati dan ada yang cedera parah.

Satu catatan yang dikongsi oleh laman Twitter About Tangerang mempamerkan video sekumpulan 3 kanak-kanak menjalankan cabaran itu, hanya 1 daripada rakan mereka dilanggar lori yang cuba dihentikan olehnya. Remaja yang terlibat dalam kejadian tersebut meninggal dunia akibat dilanggar.

Menurut portal Coconuts Jakarta,  semasa kejadian, dua daripada rakannya berjaya melompat keluar dari laluan lori itu tepat pada masanya. Namun salah seorang remaja gagal untuk mengelak daripada dilanggar lori tersebut, menyebabkannya digilis kenderaan itu lalu meninggal dunia serta-merta.

Berdasarkan laporan oleh CNN Indonesia, ini bukan kejadian pertama di mana seorang anak muda meninggal dunia kerana mencuba cabaran itu. Dalam kejadian berasingan, seorang lagi TikToker meninggal dunia manakala rakannya sedang menerima rawatan kerana cedera parah selepas dilanggar lori ketika mencuba cabaran tersebut.

Sebelum kejadian itu, mangsa telah melakukan cabaran itu sekurang-kurangnya 7 kali dan rakan mendiang akui bahawa mangsa melakukannya untuk menjadi terkenal.

“Di TikTok, terdapat ‘Cabaran Malaikat Maut’, di mana mereka kelihatan seolah-olah mereka akan dilanggar (oleh trak) dan mereka bergerak ke tepi. Daripada penjelasan saksi, niatnya (mangsa) hanyalah untuk menjadi terkenal, kerana ia tular. Itu berbahaya,” kata pihak berkuasa Indonesia.

Trend TikTok anak muda ‘salam dari binjai’ ranapkan kebun pisang milik orang kampung. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Trend TikTok Anak Muda ‘Salam Dari Binjai’ Ranapkan Kebun Pisang Milik Orang Kampung

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

Jualan Krim Jerawat Ini Meningkat Sehingga 40 Peratus Selepas Tular Di TikTok