Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Mufarwa Farid, ketika beliau mengendalikan sebuah kem motivasi, dan dikongsi semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Sejujurnya, air mata saya jatuh membaca kisah ini. Semoga ia menjadi ingatan kepada kita untuk menjadi ibu bapa yang lebih bertanggung jawab dalam soal mendidik anak.

remaja-menangis
Popiyah

Hari tu, aku dan tim Nova Q handle bebudak darjah empat hingga darjah enam di salah sebuah sekolah agama negeri Selangor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa hari terakhir kem, aku buat slot Muhasabah Diri. Macam biasa, semua budak menangis dan meraung macam tak ingat dunia.

Biasanya, aku akan panggil beberapa orang peserta untuk meluahkan perasaan kat depan semua orang. Oleh sebab tak sempat, aku tak jadi panggil sesiapa dan terus habiskan dengan doa.

Entah macam mana, lepas je habis sesi tu, tiba-tiba datang seorang budak perempuan ke depan pentas.

“Abang, boleh tak pinjam mikrofon? Saya nak cakap sikit kat kawan-kawan saya ni.

Tergamam aku. First time ada peserta yang nak bercakap tanpa disuruh.

Aku hulurlah mikrofon.

Sambil menangis, dia cakap dengan nada marah.

Kau tahu tak, aku tak puas hati dengan korang semua? Kau nampak aku macam happy je kan? Kau nampak aku macam orang kaya, kan?”

“Tapi aku ni bukan seperti yang korang nampak.”

“Aku tahu, korang marah aku sebab aku pernah marah korang main bola kat sekolah. Aku marah bukan apa. Aku nak korang dengar cakap Ustazah. Ustazah kata jangan main bola, korang main bola jugak.”

“Korang ni betul-betul degil! Aku pun marah la korang sebab korang tak dengar cakap!”

“Weh, kau tau tak, aku ni orang susah, tahu? Hidup aku susah kau tau tak! Aku hidup dengan keluarga yang porak-peranda!”

“Aku ada dua mak dan tiga ayah! Tadi abang Farid tanya, siapa orang yang kita nak bawa masuk syurga, dalam hati aku cakap, aku nak bawa kakak aku masuk syurga! Aku nak biarkan mak ayah aku. Aku nak masuk dengan kakak aku je!”

“Tapi sebab aku sedar yang mak aku lahirkan aku, dan syurga bawah tapak kaki dia, aku tetap hormat dan sayang dia!”

remaja-menangis-02
Mufarwa Farid

“Kau tau tak, belanja aku RM5 sehari! Bila aku dengar Ustazah nak buat kem, aku kumpul duit sendiri nak pergi ke kem ni!”

“Aku datang sini nak berubah! Sepanjang dua hari kat sini, aku memang rasa aku dah berubah! Tapi korang? Aku nak korang pun berubah!”

“Sedarlah wehhh. Kita dah besar kot. Jangan fikir macam budak-budak lagi!”

Kemudian dia pun menangis teresak-esak sambil memeluk Ainnur yang memang ada di sebelahnya semasa dia bercakap.

Selesai program, sepanjang perjalanan pulang dari kem, banyak benda yang bermain dalam fikiran aku.

Sepanjang kem, budak perempuan itu antara peserta terbaik kami kerana keaktifan, bakat dan kematangan yang ditonjolkan. Dia jenis peserta yang happy go lucky dan sangat peramah dengan fasilitator.

Tindakan dia yang meluahkan perasaan dan nasihat di hadapan kawan-kawannya membuktikan yang dia memang seorang remaja yang sangat bagus.

Tapi, di sebalik kehebatan yang dia tunjukkan, ada cerita di sebaliknya yang menyelubung kehidupannya.

Cerita masalah ibu bapanya.

Cerita masalah kawan-kawannya.

Semua cerita itu hanya bisa dicungkil dengan mendekati budak-budak seperti ini dengan lebih dekat.

Bukan sedikit budak-budak Melayu yang berdepan dengan maasalah keluarga ini. Mak ayah bercerai. Ayah hilang dan tinggal gantung tidak bertali. Ayah kaki judi. Mak jadi pelacur. Ayah kaki pukul. Mak main dengan lelaki lain.

Ini sketsa bukan dalam filem dan drama. Tetapi ini sketsa benar.

Benda-benda inilah yang akan effect budak dari sudut mental dan intelektual mereka. Waktu sekolah rendah pun ramai dah jadi perangai pelik-pelik, kat sekolah menengah apatah lagi. Semuanya sebab keluarga, beb. Diorang ada satu tekanan yang susah nak diungkap.

Tapi budak perempuan yang seorang ni, memang sangat bagus bagi aku. Aku nampak masa depan dia sangat cerah, walaupun dia berada di dalam keadaan keluarga yang sedikit retak.

Dia nampak bagus sebab jelas yang dia tu nak berubah. Malah, yang lebih nampak bagus, dia suruh orang lain pun berubah sama. Bukan senang nak jumpa budak sekolah rendah yang dah ada kesedaran macam ni. Kalau jumpa, memang nampak masa depan yang terang.

Cuma, yang ini baru sorang. Atau, yang ini baru satu sekolah. Aku dah jumpa beribu-ribu lagi budak sekolah yang alami masalah yang sama. Tapi, end up, dia menjadi pelajar bermasalah masa kat sekolah menengah. Dia jadi rebel. Dia nak buat ikut apa yang dia suka sebab dia rasa, kalau dia buat baik pun, still orang tak hargai dia, terutamanya keluarga dia.

Benda ni, bukan guru-guru kat sekolah je kena fikir. Tapi kita ni, yang korang ni semua kena fikir jugak. Kau kena fikir macam mana kita nak perbetulkan budak-budak sekolah ni agar punyai jati diri dan akhlak mulia semula.

Benda ni kita perlu fikir kerana ia tanggungjawab masyarakat bersama.

Dalam perjalanan pulang itu juga, Nuh kata pada aku.

“Farid, kau ingat tak budak perempuan tu cakap apa? Dia cakap dia kumpul duit semata-mata nak pergi ke kem kita je. Bila dia cakap macam tu, automatik kepala aku terus kata,”

“Berbaloi (setimpal) tak usaha kita dalam program ni dengan usaha dia kumpul duit untuk ke program kita?”

Ah.

Satu lagi persoalan yang perlu aku fikirkan pula.

BACA: Ini Mungkin Jawapan Terbaik Untuk Kisah Suami Kak Mah Yang Curang Yang Viral Beberapa Hari Lepas

BACA: Sebab Kenapa Peniaga Beri Makanan Kepada Budak Perempuan Ini Akan Buat Dia Menangis

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram