Sebuah video rakaman litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Braelyn Shah menarik perhatian orang ramai. Menerusi video tersebut, dapat dilihat warga emas dibuli oleh remaja di dalam lif gara-gara tidak berpuas hati.

Menurut laporan, kejadian itu terjadi apabila seorang lelaki warga emas yang telah masuk ke dalam lif dan bertindak menekan butang tutup pintu lif tetapi seorang remaja bersama rakan cuba nak masuk lalu ‘tersepit’ seketika sebelum pintu lif kembali terbuka disebabkan mengesan ada objek pada pintu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, tindakan warga emas itu tekan butang lif dengan cepat membuatkan pemuda itu berasa bengang dan bertindak memarahi serta mengugut untuk memukul warga emas terbabit.

Dapat dilihat, warga emas tersebut masih kelihatan tenang dan meminta maaf kepada pemuda itu berulang kali. Rakan-rakan kepada pemuda terbabit dilihat tidak membantu untuk menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Selepas warga emas itu keluar dari lif, pemuda terbabit masih tidak berpuas hati dan bertindak bersemuka dengan warga emas itu. Tidak lama kemudian, ada beberapa orang lelaki keluar daripada lif dan terus lindungi warga emas itu serta menghubungi rakannya untuk ‘backup’.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai di Taiwan dan juga Malaysia serta jadi bualan ramai. Rata-rata netizen berasa puas hati melihat apabila melihat pemuda itu terima balasan segera.

Tidak hanya itu, para netizen juga berpendapat bahawa tindakan pemuda tersebut sangat kurang ajar dan tidak patut kerana boleh sahaja dia menunggu untuk naiki lif seterusnya jika terlepas serta tidak melemparkan kemarahan seperti itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Tenang Dan Bersahaja, UAI ‘Speaking’ Dengan Minah Saleh Tentang Ibadah Korban Raih Perhatian Netizen

‘Dari 2015 Mereka Dah Buat Hal’ – Merdekarya Kongsi Kisah Pernah Disabotaj Pasangan Tular