Tak sempat pun lagi filem Train To Busan memasuki pawagam kita, studio di Hollywood dan Perancis sedang berebut untuk mendapatkan hak milik filem ini untuk dibuat remake versi mereka. Pergh!

Menurut Hollywood Reporter, filem seram zombie Korea itu kini dihimpit syarikat produksi besar seperti 20th Century Fox, Sony Pictures dan beberapa syarikat produksi besar di Perancis di mana mereka bersaing untuk mendapatkan hak untuk remake filem Train To Busan ini.Filem Train To Busan ini adalah hasil dari produksi tempatan Seoul, Next Entertainment World (NEW).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Barisan pelakon Train To Busan ketika di Cannes  (Gambar oleh Pascal Le Segretain/Getty Images)
Barisan pelakon Train To Busan ketika di Cannes (Gambar oleh Pascal Le Segretain/Getty Images)

“Beberapa produksi terkemuka dunia telah membuat pertanyaan untuk remake rights dan ada yang sudah membuat tawaran menarik. Memang banyak yang sangat berminat dengan filem ini apabila ia ditayangkan di Cannes Film Festival bulan Mei Lalu. Filem ini sedang meletup di Korea dan kami tidak terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan buat masa ini,” kata Danny Lee wakil dari NEW.

Filem ini memulakan tayangan di Busan 22 Julai lalu dan telah mengutip USD38.8 juta lima hari pertama. Filem ini telah mengutip 63.9 juta di South Korea sahaja. Power!

train to busano

Lee turut menambah syarikat produksi Perancis buat masa ini paling berminat untuk remake filem ini kerana bullet train adalah pengangkutan awam yang penting bagi mereka, sama seperti mana di Korea. Siapa kata filem zombie dah lapuk? Tak sabar betul pula nak tunggu filem ini di pawagam September ini. Kalau anda nak tengok trailer filem ini, boleh tekan di sini.

Sumber
  • Hollywood Reporter