Sejak pentas Big Stage dibuka buat pertama kali, sudah kedengaran bunyi kurang enak daripada netizen yang kurang berpuas hati dengan cara Ajai menjadi juri pertandingan nyanyian keluaran Astro tersebut.

Netizen menyifatkan tindakan Faizal Maas atau Ajai memberi markah yang terlalu rendah kepada Hafiz Zainal yang membawakan lagu Fly Me To The Moon nyanyian asal Frank Sinatra mencetuskan perdebatan yang panjang.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Kebanyakan daripada mereka menyelar sifat ajai yang terlalu tegas dalam sistem penjurian serta langsung tidak bersikap profesional sebagai juri bagi pertandingan yang pernah melahirkan beberapa penyanyi sebelum ini.

Terbaharu, dalam satu ciapan yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter, dia telah bertindak membezakan bagaimana seorang juri profesional itu sepatutnya mengajar bakat baharu dan bukannya menjatuhkannya.

“Bringing this back because this is how you really educate someone. Bukannya macam juri big stage seorang tu,” tulis lelaki tersebut di laman Twitter.

Dalam satu klip yang dimuat naik pada December 2019, kelihatan Judika, seorang penyanyi dari Indonesia dan juga juri kepada salah satu pertandingan nyanyian di Indonesia telah ‘mengkritik’ dan dalam masa yang sama mengajar bakat baharu tersebut.

Bagi netizen, tindakan Judika lebih profesional dalam mengajar seorang bakat baharu yang baru bertapak di industri nyanyian. Judika mengkritik dan dalam masa yang sama memberi kata-kata motivasi kerana dia tahu kebolehan yang ada pada bakat baharu tersebut.

Sejak dimuat naik, ciapannya telah mendapat 20,000 ciapan balas dan 19,000 tanda suka. Kebanyakan daripada netizen di Malaysia bersetuju dengan tindakan profesional dari Judika dan membandingkannya dengan tindakan Ajai.

“Aku rasa memang kat Asean, Indonesia, Thailand dan Filipina, industri hantar orang yang professional dan high quality. Sampai banyak diorang punya penyanyi serta pelakon pergi ke tahap antarabangsa. Malaysia terlalu jauh,” Kata Zif dalam ciapannya. 

“Minta maaf cakap. Juri-juri Rising Star ajar dalam mengkritik, diorang pun menyanyi tahap antarabangsa. Juri kita, nak harapkan mulut cili api, bila dia naik pentas, kelaut juga suara,” tulis Syakira Omar.

Ajai dalam satu kenyataan menegaskan bahawa dia bukan sengaja memberikan markah yang rendah kepada Hafiz. Semasa melakukan penjurian, dia berdepan dengan masalah teknikal dalam sistem penguncian markah.

Dalam berhadapan dengan masalah teknikal itu, Ajai berkata, dia tetap harus memberikan markah terhadap peserta tersebut.

Terdahulu, ‘remove Ajai as a jury’ mula trending selepas dia bertindak memberi markah 2% kepada salah seorang peserta rancangan realiti. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Remove Ajai As Jury’ Trending Selepas Beri Markah Hanya 2% Untuk Peserta Rancangan Realiti

Anda Mungkin Suka