Minggu ini telah bermulanya rancangan Big Stage 2020 yang menampilkan beberapa peserta yang sedia menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian seterusnya dinilai para juri profesional.

Dalam pada itu, siapa sangka program rancangan realiti yang disangka dapat memberi hiburan kepada para penonton bertukar menjadi ‘panas’ apabila Ajai selaku salah seorang juri profesional tampil dengan komen yang dikatakan netizen sebagai terlalu pedas sehingga dikecam netizen.

Difahamkan semuanya bermula nyayian peserta bernama Hafiz Zainal yang menyanyikan lagu Fly Me To The Moon menerima komen daripada Ajai yang mengatakan nyanyian tersebut adalah nyanyian yang sumbang dan tidak layak menerima markah.

big-stage-2020-996

Ajai turut menambah dimana lebih baik Hafiz Zainal tidak menyanyi atau pengsan sahaja daripada menyanyikan lagu tersebut sehingga tamat.

Berdasarkan pemarkahan yang diberikan, Ajai sekadar memberi 2% daripada 100 markah kepada Hafiz Zainal. Beliau turut mengatakan Hafiz Zainal selayaknya sekadar menerima 0% markah sahaja. Sebagai perbandingan, Faizal Tahir telah memberi markah sebanyak 78% manakala Dayang Nurfaizah telah memberi 54%.

Komen yang dikatakan pedas serta menyinggung hati peserta dan juga penonton ini secara tidak langsung turut membuatkan ‘Remove Ajai As Jury’ trending di Twitter. Tidak cukup sekadar menerima kecaman, sebuah petisyen turut dibuat netizen dalam usaha untuk menghalang Ajai tampil lagi sebagai juri Big Stage 2020.

Berdasarkan komen panas yang dilemparkan, sebuah temubual oleh F8Buzz telah dijalankan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pendirian Ajai. Menurut Ajai, beliau sekadar tampil profesional dan jujur dengan kerja yang dilakukan.

“Saya taknak hipokrit, because kerja saya di sini people hired me to tell apa yang mereka kurang dan apa yang boleh diperbetulkan. So anggaplah perkara ini sebagai satu perkara yang positif untuk individu tersebut meningkatkan prestasi”, komen Ajai.

Anda boleh tonton video di bawah temu bual Ajai seusai selepas pertandingan Big Stage 2020 minggu pertama.

Tular pada minggu lalu apabila Shaheizy Sam dilihat memakai tali ‘pod’ bersama baju askar sewaktu bergambar sekaligus mengundang kemarahan netizen.

Shaheizy Sam Minta Maaf Selepas Ditegur Netizen Pakai Tali ‘Pod’ Bersama Baju Askar

Tindakan FINAS Padam Data Angka Kutipan Tayangan Undang Persoalan Netizen