Pada hari semalam tular beberapa rakaman video terdapat kekecohan berlaku akibat insiden khianat di kawasan kelab malam yang terletak di Miri, Sarawak. Sebuah trak pikap berwarna dikejar orang ramai sambil membaling objek ke arahnya sebelum pemandunya mengundur dan merempuh sebuah kereta Mitsubishi ASX berwarna putih sehingga bahagian hadapannya rosak teruk.

Dalam video yang lain pula, sebuah Ford Ranger berwarna putih dirakam memecut laju sebelum merempuh sebuah kereta sehingga terpelanting mengenai kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan. Rempuhan itu telah menyebabkan struktur bangunan di hadapannya roboh.

Baca Juga:

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1579284293117149186?s=20&t=lZA01oRyFdUfykhiGK9N2w

Dalam perkongsian video lain pula terdapat kekecohan berlaku di dalam kelab malam. Kelihatan sekumpulan lelaki mula berjalan ke arah pintu sambil menjerit-jerit kemarahan.

Ketua Polis Daerah Bintulu telah mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian tersebut, bahagian siasatan jenayah IPD Bintulu sedang mengesan seorang lelaki dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit kes melakukan rusuhan dan khianat yang dilaporkan pada 9 Oktober 2022 di daerah Bintulu, Sarawak bersabit laporan Polis Bintulu  RPT 9231/2022, Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi pegawai penyiasa kes, Inspektor Lai Mei ching di talian 014-876 3824 atau bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318 304,” kata Batholomew AK Umpit, Ketua Polis Daerah Bintulu.

Video-video yang tular itu telah meraih pelbagai reaksi warganet yang berasa terkejut melihat aksi ganas yang dirakam itu. Pada masa sama netizen turut bersimpati dengan pemilik-pemilik kenderaan lain yang tidak bersalah turut terjejas akibat perbuatan khianat tersebut.

Netizen turut berharap agar pihak berkuasa dapat menahan suspek yang bertanggungjawab secepat mungkin untuk mengelakkan perkara yang sama berulang pada masa hadapan.