Seorang wanita bersama suami dan anak kecil mereka menghadapi detik-detik cemas apabila kenderaan jenis Mazda CX-8 dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi dari arah belakang di Terowong Penchala pada petang Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden tersebut dirakam menerusi dashcam hadapan pemilik Mazda CX-8 terbabit.

Shalwiza Rahmat, 34, penumpang kereta Mazda CX-8 berkata, sewaktu kejadian, suaminya, Arif Bashah Kamal, 39, sedang memandu manakala dia dan anak lelaki, Adam Bashah duduk di kerusi penumpang di belakang.

@dash_azzra

Kemalangan di Penchala Link jam lebih kurang 5 petang.. #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia

♬ Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe – anantavinnie

“Saya terdengar bunyi sesuatu (dilanggar) dari belakang dan hentaman itu menyebabkan kenderaan kami beralih ke kiri serta menghentam dinding.

“Ketika kejadian kami berada di laluan tengah manakala, kereta Perodua Myvi pula berada di laluan ketiga dan sangat laju,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sejurus kereta mereka dirempuh, Shalwiza menanyakan keadaan suami serta anaknya dan segera keluar dari kenderaan kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Shalwiza berjumpa dengan pemandu wanita Perodua Myvi tersebut menyoal bagaimana dia memandu kereta sehingga boleh merempuh kenderaan orang lain sehingga kereta Myvi itu boleh terbalik.

“Dia keluar dari kereta dengan selamba tanpa bantuan dan macam ada lebam pada mata selain tiada calar. Dia langsung tidak memandang ke arah kami.

“Saya jerit ke arahnya dan ia bukan suatu yang membanggakan. Pada saat itu sebagai ibu, saya sangat marah kenapa dia bawa kereta begitu laju,” dakwanya.

https://www.tiktok.com/@dash_azzra/video/7126231859884854555?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam satu video TikTok yang dikongsikan oleh Shalwiza, pemandu Myvi itu mendakwa dia tidak memandu sambil bercakap, sebaliknya dia sedang melihat aplikasi Waze sebelum merempuh kereta dinaiki Shalwiza sehingga kereta Myvi terbalik.

Mangsa tiga beranak telah mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta manakala, laporan juga dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail semalam.

“Anak saya pula sangat tenang dan tidak menangis cuma dia ada bertanya berulang kali mahu menonton video, tetapi saya maklumkan ia sudah tiada.

“Saya cuma tunjukkan gambar kereta remuk dan dia ada menangis pagi tadi, mungkin trauma sedikit,” katanya kepada Kosmo!.

Shalwiza turut meminta bantuan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai rakaman video dari arah belakang mereka untuk berkongsi rakaman tersebut kepadanya bagi membantu tindakan susulan.

Sebuah Myvi dihimpit dengan lori tangki selepas berada di posisi ‘blind spot’ semasa cuba keluar daripada stesen minyak. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Gara-Gara Menyelit Pada ‘Blind Spot’, Tindakan Myvi Ini Jadi Punca Dihimpit Lori Tangki

‘Bangga’ Guna Kereta Kerajaan Atas Pengaruh Keluarga, JKR Perak Nafi Kenderaan Yang Tular

‘Siapa Tiada Audi, Lemah!’ – Haqiem Stopa Pertahankan Diri Selepas Disindir Sewaktu Live