Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza dan bagi yang berada jauh di perantauan semestinya merindukan masakan di kampung halaman. Tidak lengkap hari Raya tanpa ketupat rendang.

Anda yang berada di Jepun saat ini tidaklah perlu bersedih. Kini, MUJI Jepun tampil dengan kelainan dengan perkenalkan 3 produk makanan segera iaitu rendang daging, ayam masak lemak dan kari ayam Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, produk ini telah disahkan halal dan boleh dinikmati oleh anda yang beragama Islam tanpa perasaan was-was. Anda yang rindukan makanan dari Malaysia bolehlah dapatkan segera.

Buat anda yang ingin mencuba, harga produk ini bermula dari 490 yen (~RM19.80) sahaja dan anda boleh dapatkan di semua cawangan MUJI Jepun atau secara dalam talian di sini.

4550182531565_01_1260

curry_column11_01

4550182531572_01_1260

curry_column11_02

4550182531589_01_1260

curry_column11_03

P/S: Jika dilihat pada label kandungan terdapat label Brahim’s Food Japan dan kemungkinan rasa makanan ini sama seperti produk Brahim’s. Boleh juga dapatkan produk Brahim’s di vending machine Jepun.

Sementara itu, baca artikel berkaitan dengan MUJI yang pernah disiarkan di The Vocket. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Lihat Rekaan Minimalis MUJI Hotel Ginza Yang Bakal Dibuka April Ini

Lihat Rekaan Minimalis Hotel Muji Yang Pertama Di Shenzhen

Mahkamah Arah Muji Bayar RM281,000 Selepas Didapati ‘Meniru’ Tanda Dagangan Syarikat China

Sumber