Umum mengetahui kita masih tidak boleh merentas negeri disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebahagian tempat.

Menjadi buah mulut netizen apabila ada golongan ‘influencer’ terlepas merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Kelantan. Ramai yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas negeri dan juga tidak mengamalkan penjarakan sosial serta mematuhi SOP ketika berada di majlis perkahwinan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/EmirSHendry/status/1363486094650712071

Menerusi laporan, pihak polis Kelantan sedang mengesan personaliti media sosial tersebut kerana telah melanggar prosedur operasi standard PKP. Menurut Ketua Polis Kelantan, Dato Shafien Mamat, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kesalahan tersebut semalam.

Hasil semakan menerusi gambar-gambar yang dimuat naik, personaliti media sosial tersebut tidak mematuhi SOP dan kini pihak polis sedang giat mengesan mereka. Kes ini bakal disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Sementara itu, kami kongsikan berita ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Gadis Ini Tolak Dakwaan Pelajar Malaysia Dipulau Di Korea Angkara Janna Nick Persenda Artis K-Pop

Padah Perlekehkan Guru Dalam Video TikTok, Penyampai Radio Ini Sah Berhenti Kerja