Orang ramai mula membanjiri lokasi-lokasi awam setelah sekian lama tidak dapat keluar bebas ekoran serangan pandemik COVID-19 yang melanda negara kita pada tahun lalu.

Namun, hanya beberapa lokasi awam sahaja yang dibuka dengan mengikut peraturan dan SOP yang tetapkan oleh pihak kerajaan, selebihnya orang ramai masih lagi memerlukan permit dan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk ke sesuatu lokasi yang berada di luar daerah atau negeri asal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa cuti Hari Malaysia semalam, seramai 12 orang telah dikompaun RM5,000 setelah cuba merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands tanpa permit sah.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, individu-individu itu terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 58 tahun ditahan di Kilometer 17 Genting Highlands, semalam.

“Mereka gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kesemua yang dikompaun datang dari arah Kuala Lumpur menghala Genting Highlands,” terang beliau.

Menurutnya lagi,  kompaun dikeluarkan di bawah peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

Tambah Superintendan Zaiham, polis akan terus mengambil tindakan tegas ke atas individu yang tidak patuh dan leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Dalam Negeri ada mengatakan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar pematuhan SOP dititikberatkan setelah kerajaan memberikan banyak kelonggaran pada hari ini. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Kerajaan Tidak Harus Dipertanggungjawab Sepenuhnya Untuk Jaga SOP

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP