Sebelum ini kecoh di media sosial apabila ada instafamous berkongsi ‘cara-cara’ untuk merentas negeri buat mereka yang mahu berbulan madu. perkongsian tersebut telah membuat netizen berang disebabkan aktiviti merentas negeri masih belum dibenarkan ketika ini.

Lantaran itu, pihak polis telah memanggil pasangan suami isteri tersebut untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu merentas negeri ke Johor Bharu yang tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pasangan berusia 20-an itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju semalam dan hasil semakan mendapati suami yang juga seorang ahli perniagaan membuat permohonan rentas negeri untuk urusan perniagaan pada 15 Mac lalu.

Tambahnya, pemohon mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh pihak syarikat dan permohonan rentas negeri diluluskan untuk 17 hingga 20 Mac. Malah, pihak polis turut mengesahkan pasangan itu menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan dan mengemukakan bukti serta resit tempat penginapan.

Superintendan Ashari Abu Samah turut menasihati orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri supaya berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri dikeluarkan oleh polis. Jika terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran itu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu terbabit.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan isu ini, boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Sekadar Mahu Minum Air, Pemilik Kedai Di Johor Ini Dikompaun Sewaktu Ketiadaan Pelanggan

Sumber