Ramai orang tidak faham bacaan dalam laporan CCRIS terutamanya kod dan status pinjaman. Hari ini saya nak terangkan mengenai status ‘C’ dalam laporan CCRIS.

Apa itu status ‘C’?

‘C’ itu adalah status untuk reschedule. Apa yang kita faham dengan ‘reschedule’?

Contoh laporan CCRIS dengan status C.
Contoh laporan CCRIS dengan status C.

Reschedule adalah membuat penjadualan semula pinjaman yang telah sedia ada disebabkan:

1. Tersangkut bayar

Yang pertama atas cadangan daripada pihak bank sekirannya anda kerap tersangkut bayar.

Saya bagi contoh pinjaman kenderaan anda 9 tahun, waktu pinjaman berbaki 4 tahun. Bayaran bulanan kerap tersangkut, bank akan tawar kepada anda membuat reschedule, dengan mengambil baki pinjaman dengan meningkatkan semula tempoh pinjaman kepada 9 tahun.

Tujuannya supaya anda mampu membuat bayaran bulanan dengan nilai yang lebih kecil dan mampu.

2. Permohonan sendiri

Yang kedua atas permintaan anda sendiri memohon kepada pihak bank untuk membuat penjadualan semula pinjaman anda yang berbaki 4 tahun dinaikkan semula kepada 9 tahun atas tujuan mengecilkan komitmen bulanan (ini sengaja menggatal cari pasal).

Anda fikir dengan proses reschedule ini masalah anda akan selesai. Ya, betul untuk penyelesaian jangka pendek, namun masalah kepada anda untuk jangka panjang.

Bila proses reschedule ini dilakukan , status dalam CCRIS akan menunjukkan status ‘C’ atas pinjaman tersebut .

Masalahnya akan datang bila anda mahu buat pinjaman atau pembiayaan baru lain dari institusi perbankan.

Anda fikir pinjaman anda tiada masalah, namun kebarangkalian pinjaman anda akan ditolak. KENAPA?

Dari Kaca Mata Bank

Pada pandangan bank bila pelanggan ada membuat proses reschedule, mereka telah mempunyai masalah dalam membuat bayaran bulanan.

Status ‘C’ ini juga akan trigger secara automatik waktu anda buat pinjaman baru dan mengakibatkan risk grade anda meningkat ke paras yang tinggi dan kesannya pinjaman anda akan ditolak walaupun gaji anda tinggi, DSR anda rendah, rekod bayaran anda cantik.

Selain kenderaan, proses restructure biasanya digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah dalam membuat bayaran kad kredit yang membuat conversion kepada term loan. Status ini turut akan muncul.

Tujuan reschedule ini adalah untuk memudahkan anda dari masalah untuk membuat bayaran bulanan dengan komitmen yang tinggi daripada tersangkut bayar. Keburukannya ,kesannya adalah sama seperti anda BLACKLISTED.

Tidak boleh membuat pinjaman atau pembiayaan baru. Jangan menggatalkan tangan sengaja minta reschedule untuk mengurangkan komitmen, anda menyesal nanti.

Bagaimana nak hilangkan status ‘C’?

Kena buat bayaran penuh . Full settlement.

Reschedule dan refinance tu tak sama ke?

Reschedule, Refinance, Redraw dan Remortgage itu semuanya berbeza. Belajar sikit-sikit ye.

Kaitan dengan PTPTN

Status ini kerap keluar sekarang untuk peminjam PTPTN . Ramai akan terkesan daripada status ‘C’ ini. BERTABAHLAH .

Harap pihak PTPTN memandang serius perkara ini sebab proses reschedule ini akan menghukum peminjam untuk jangka masa panjang sehingga habis pinjaman tersebut.

Kalau 25 tahun? Tak berumahlah mereka.

Sebaiknya proses penjadualan semula dibuat oleh PTPTN tanpa melibatkan kemasukan status ‘C’ tersebut.

Reschedule yang pihak anda buat bukan menggalakkan pembayaran semula, tetapi lebih kepada terus menghukum dan menyusahkan anak muda untuk bangkit memiliki hartanah terutamanya.

Saya setuju dengan usaha penjadualan semula semua peminjam yang tegar sebelum ini supaya mereka membuat bayaran semula bermula dari sekarang.

Tetapi jangan gunakan elemen reschedule ini. Baik cakap BLACKLISTED terus, kan senang.

Buat peminjam, buatlah bayaran mengikut perjanjian, bayar pada masa yang ditetapkan. Itu yang terbaik.

Boleh Share status ini kepada rakan-rakan anda.

BACA: Ini Apa Yang Peminjam PTPTN Perlu Tahu Supaya Rekod CCRIS Bersih Dan Tidak Dihalang Ke Luar Negara