Setiap kali lookbook musim baharu untuk Supreme keluar, mesti semua orang teruja tengok item-item yang akan di release pada musim itu. Maka, ramailah yang mula tag kawan masing-masing untuk mendapatkan barang-barang tersebut. Ini beberapa fakta yang saya tahu dimana saya boleh kongsikan untuk pengetahuan kita bersama. Mungkin ada fakta yang saya tidak tahu atau tertinggal, nanti sahabat-sahabat boleh tambah point di bahagian komen.

1. Seolah-olah tidak adil

View this post on Instagram

Spring/Summer 2019

A post shared by Supreme (@supremenewyork) on

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Sejujurnya, ianya seperti tidak adil bagi kita yang berada di Malaysia untuk membeli produk Supreme ini kerana susah bagi kita untuk membelinya di dalam negara kita sendiri. Oleh itu, kita kena berbelanja lebih untuk mendapatkannya dan kosnya boleh mencecah ribuan ringgit. Itu belum termasuk kos produk itu sendiri lagi tetapi demi sesuap chicken chop, kita buat juga.

2. Harga retail yang lebih mahal

Bila kita lihat senarai butik Supreme, yang paling dekat dengan kita adalah Jepun. Tetapi harga jualan di Jepun adalah mahal sedikit berbanding di Amerika Syarikat (US( atau Eropah (EU). Mungkin atas sebab barang itu perlu diterbangkan dari US ke Jepun. Jadi, kita kena jangka harga yang sedikit mahal dari harga yang kita lihat di laman sesawang Supreme. Kalau ke US/EU, harga dijangka murah sedikit, tetapi kos tambang yang lebih mahal. Maka, pandai-pandai anda kira sendiri, sama ada berbaloi atau tidak.

3. Permintaan tinggi

Terlalu ramai orang yang mahukan produk ini jadi persaingan untuk mendapatkannya adalah sangat tinggi. Seluruh negara Asia, kebanyakkannya akan datang ke Jepun untuk membeli kerana hanya negara Jepun sahaja yang ada butik Supreme terdekat. Belum kira lagi orang Jepun sendiri. Orang Jepun sendiri pun sudah beribu-ribu yang inginkan barangan tersebut.

Jadi, peluang untuk kita dapatkannya semakin menipis senipis kulit bawang. Biasanya, orang Jepun sudah ada cable untuk memudahkan mereka mendapatkan barangan tersebut. Apatah lagi kedai-kedai reseller di sana. Sudah pastilah mereka sudah upah siap-siap orang untuk mendapatkan barangan yang mereka perlukan untuk diletak di kedai mereka.

4. Hanya mampu dapat produk ‘sisa’ yang kurang popular

Disebabkan perlu beratur panjang dan orang yang membeli lebih dari satu item, mungkin kita hanya boleh membeli barangan yang kurang popular dan kita panggil leftover. Jadi kita sendiri pun tidak pasti barang itu boleh jual balik ke tidak disebabkan kos nak mendapatkannya sahaja sudah tinggi.

Mahu jual berapa pula kan. Kalau jual mahal pula, ada ke yang mahu beli? Akan tetapi, jika anda mahu juga, boleh cuba datang pada hari selepas hari release. Biasanya memang ada lagi barang yang kita boleh beli. Walk-in sahaja seperti biasa.

5. Kemungkinan dapat membeli tapi pada harga resell

Kita masih ada peluang untuk mendapatkan baragan Supreme tersebut tetapi disebabkan point yang ketiga dan keempat, kemungkinan besar kita hanya boleh mendapatkannya pada harga resell. Bila resell, harganya memang melambung tinggi berbanding harga asal. Bila lihat pada item yang “panas” pula, jangan cakaplah, memang berkali-kali lipat ganda harganya. Dan kebiasaannya, harga resell di Jepun adalah jauh lebih mahal daripada negara-negara lain.

6. Kastam

Kemungkinan besar, kita perlu juga membayar cukai untuk brangan yang kita beli sekiranya kita membeli dalam bilangan yang banyak. Kalau sikit-sikit sahaja biasanya tidak perlu bayar pun.

7. Dan banyak lagi.. huhuhu

Tidak dinafikan, ada di antara reseller tempatan kita yang sudah biasa dengan permainan di atas dan mereka sudah boleh mendapatkan harga yang sedikit murah berbanding harga resell biasa melalui pengalaman-pengalaman dan skill mereka sendiri. Dan biasanya, reseller kita akan menjual pada harga yang murah sedikit daripada harga market kebiasaan.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama menyokong reseller kita yang berjuang dengan sedaya upaya untuk mendapatkan barang yang ramai dari kita minat. Bertolak ansurlah dengan harga yang mereka tawarkan kerana bukan mudah untuk mereka mendapatkan barangan tersebut. Satu penghormatan untuk anda yang berani sebarkan point-point saya diatas.

Gambar kenangan Ogos 2017 waktu hari pertama Supreme Osaka keluaran musim Winter/Fall. Anda lihat pada khemah-khemah tepi itu? Mereka beratur sampai malam.

Artikel di atas disumbangkan oleh Hisyam Foremost. Beliau merupakan pemilik Foremost Store yang biasa terbang ke Jepun untuk membeli barangan edisi terhad di sana. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka