Siri terbaru permainan video Resident Evil, Resident Evil 7 dikatakan adalah permainan paling seram dalam franchise itu. Mana tidaknya, anda boleh menggunakan sepenuhnya sistem virtual reality(VR) untuk bermain permainan ini. Jadi lebih real lah rasa bertempur dengan zombie nanti!

Untuk menambahkan lagi mood permainan ini, CAPCOM mengeluarkan sebuah produk yang unik iaitu lilin yang mempunyai aroma zombie! Lilin ini dinamakan Wood,Sweat and Fears dan boleh dibeli dengan harga USD19 (lebih kurang RM80).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi bagaimanakah deskripsi untuk aroma zombie ini? Ianya dikatakan mempunyai aroma bau kayu lama bercampur bau kulit terbakar. Fuh, awesome! Cuba anda bakar apa-apa barangan kulit. Bau itu memang ‘jahat’. Lilin ini boleh bertahan sehingga 18-20 jam, bersamaan timing masa yang diperlukan untuk menghabiskan permainan ini. Jadi lilin ini boleh dijadikan timer untuk anda bermain Resident Evil 7 ini. Lilin habis, anda pun khatam bermain permainan video ini.

Kalau anda dah membeli permainan ini, bolehlah menempah lilin ini di sini. Seram sungguh permainan video ini. Cuba anda lihat video di bawah. Boleh tak anda tahan sehingga habis bermain permainan video ini?