Say what? Ingatkan Resident Evil: The Final Chapter pengakhiran kepada franchise hebat ini tetapi nampaknya Constantin Film mempunyai rancangan mereka yang tersendiri.

Menurut ketua urusan Constantin Film, Marin Moszkowicz memberitahu yang Resident Evil akan kembali dengan 6 filem reboot. Maknanya Mila Jovovich kemungkinan besar tidak akan kembali memegang watak beliau sebagai Alice.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi apa yang membuatkan reboot ini menarik adalah James Wan telah bersetuju untuk mengarah filem ini nanti. Bagi yang mungkin tidak kenal siapa James Wan, beliau adalah insan di sebalik filem-filem seram hebat Hollywood seperti The Conjuring, Saw dan Insidious. Jadi dari segi kredibiliti, saya yakin James Wan boleh membuat magik beliau kepada siri reboot RE ini.

Resident Evil adalah franchise filem berdasarkan judul video game dengan kutipan paling tinggi ketika ini; membuat kutipan USD1.2 billion di seluruh dunia. Siapa yang paling layak menggantikan Mila Jovovich sebagai Alice selepas ini? Kita tunggu siapa yang James Wan akan pilih nanti.