Sebut sahaja KFC pasti anda sudah terbayang keenakan ayam gorengnya. Malah, KFC baru-baru ini telah perkenalkan menu baharu iaitu Nasi Kari Atuk. Saat ini pastinya ramai yang ingin berjimat cermat, bukan?

Apa kata anda cuba resipi ayam goreng ala KFC perkongsian pengguna Facebook Badd Aidaa yang anda sendiri boleh buat di rumah. Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

Ayam, tepung bestari pedas atau original, 2 atau 3 sudu makan tepung beras, dan 2 atau 3 sudu makan tepung jagung.
*Nota kaki: jika ingin goreng ayam banyak, sila gandakan bahan-bahan.

Cara-cara untuk buat ayam goreng:

1. Bancuhkan tepung bestari dengan air.

2. Kemudian, perap ayam dalam bancuhan tersebut dalam 30 minit.

3. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.

95525165_1005814836487105_1016563426899525632_n

4. Campurkan tepung bestari, tepung beras dan tepung jagung. Gaul rata.

5. Sadurkan ayam yang diperap tadi dengan campuran tepung sehingga sekata.

6. Goreng ayam ke dalam minyak panas dan tunggu hingga masak berwarna kuning keemasan. Siap.

Mudah sahaja untuk buat ayam goreng ala KFC ini. Pastinya buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas. Bolehlah anda cuba untuk berbuka puasa nanti.

Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Sementara itu, anda boleh ikuti pelbagai resipi menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Resipi ‘Kentang Putar’ Ala KFC Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’

Lebih 23K ‘Shares’, Resipi Almond Cluster Yang Sedap Dan Mudah Gunakan 2 Bahan Sahaja