Bulan Ramadan kali ini tidak sama seperti bulan Ramadan sebelum ini. Mana tidaknya, sebelum ini kita mudah untuk dapatkan juadah berbuka dengan hanya ke bazar Ramadan tetapi kini kita kena masak sendiri di rumah.
Buat anda yang merindukan ayam gunting Uncle Bob, anda boleh ikuti resipi yang dikongsi oleh Zaitun Abd Hamid menerusi Facebooknya. Ayuh kita mulakan jika anda sudah bersedia!
Bahan utama:
1) Isi ayam bahagian dada yang sudah dibuang tulang
Bahan-bahan untuk perapan ayam gunting:
1) 4 sudu sos tiram
2) 2 sudu serbuk BBQ atau sos black pepper
3) 2 sudu perahan limau atau lemon
Bahan-bahan saduran:
1) Tepung bestari pedas atau original
2) Tepung ubi atau tepung beras
3) Sedikit serbuk roti
Bahan tambahan:
1) Serbuk cili atau lada putih untuk ditaburkan selepas goreng
Cara-cara membuat ayam gunting ala Uncle Bob:
1. Basuh ayam dengan bersih dan potong nipis.
2. Gaulkan kesemua bahan perapan dan perap ayam selama 1 jam.
3. Selepas diperap, salutkan ayam dengan bahan saduran seperti yang dinyatakan.
4. Tumbuk-tumbuk sedikit ayam menggunakan lesung batu agar bahan perasa daripada campuran tepung melekat pada ayam.
5. Selepas sebati, panaskan minyak dan goreng sehingga warna keemasan.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk cili dan lada putih pada ayam yang digoreng dan guntingkan ia. Siap.
Mudah sahaja rupanya untuk buat ayam gunting ala Uncle Bob ini. Memang sedap dimakan panas-panas. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan bolehlah anda buat untuk juadah berbuka nanti.
Anda sudah pening kepala ingin masak apa ketika waktu berbuka? Ikuti perkongsian resipi menarik lain di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’
Lebih 12K ‘Shares’, Ini Resipi Roti Mexican Ala Roti Boy Yang Gebu Dan Lazat
Resipi Pancake Pisang Ala ‘Street Food’ Thailand Yang Lazat Dan Mudah Ini Raih 6.9K Retweets