Setiap tahun, menu kegemaran ramai iaitu Prosperity Burger pasti akan kembali ke McDonald’s. Apabila menu tersebut tidak lagi dijual, pasti anda yang menggemari burger tersebut akan berasa sedih.

Kini anda tidak perlu bersedih lagi, anda boleh buat sendiri Prosperity Burger anda dengan menggunakan resipi mudah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Ritzuwan Syde.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 bahagian penyediaan iaitu roti, daging dan sos lada hitam. Jadi, baca perkongsian beliau di bawah ini:

Bahagian 1: roti

79996807_3144178675596979_3331747526125551616_n

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti:

1) 200g tepung protin tinggi (japanese flour)
2) 16g gula
3) 3g garam
4) 4g susu tepung
5) 2g yis
6) 16g shortening
7) 110g air

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan bahan kering dan gaul selama 2 minit (mixer).

2. Masukkan air dan shortening dan uli sehingga doh elastik.

3. Bahagikan doh kepada 6 bahagian dan bulatkan. Anggaran 60g sebiji.

79879044_3144178588930321_5036397909646508032_n

4. Rehatkan doh selama 10 minit.

5. Leperkan dan gulung doh dengan kemas.

6. Letakkan doh dalam acu dan biarkan doh kembang sehingga double size. Lebih kurang 1 jam tempoh proofing.

7. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 13 minit atau sehingga kuning keemasan.

Bahagian 2: daging

79086652_3144178932263620_3753722853162221568_n

Gunakan burger lembu oblong klasik brand Ramly yang pastinya mudah dan sedap. Boleh dapatkan di mana-mana pasaraya ataupun Ramly halal mart berhampiran.

Bahagian 3: sos lada hitam

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sos lada hitam:

1) 20g mentega
2) 40g bawang besar (potong kiub)
3) 10g lada hitam
4) 50g tepung gandum
5) 10g chicken powder
6) 50g serbuk perang demi glace (brand Knorr)
7) 150g sos honey hickory bbq sauce (hunt)
8) 800g air
9) 4g garam
10) 20g gula

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan mentega dan tumis bawang.

2. Masukkan tepung, chicken powder dan serbuk stock perang.

79338045_3144178795596967_2315393972802945024_n

79336686_3144178775596969_2506995594908663808_n

3. Masukkan air dan kacau.

4. Masukkan sos honey hickory bbq dan lada hitam.

5. Perasakan garam dan gula secukupnya.

Penyediaan Prosperity Burger

79675674_3144178965596950_3331623835362394112_n

Belah roti burger kepada dua. Masak daging di atas pan dan celup dengan sos lada hitam sebelum diletakkan diatas roti burger. Taburkan bawang holland yang sudah dihiris.

Mudah sahaja rupanya untuk buat Prosperity Burger ini. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda kelak jika anda tidak tahu ingin masak apa.

Ingin resipi mudah yang lebih menarik? Apa kata klik pautan di bawah ini untuk baca resipi yang ‘awesome’.

Resipi Ringkas ‘Meatball’ Ala Ikea Anda Patut Cuba

Resipi Enak Maggi Kari Tumis Ini Pasti Membuat Anda Terliur

Resipi ‘Simple’ Dan Sedap Kerabu Kerang Pasti Buat Anda Terliur

Anda Mungkin Suka