Boleh dikatakan sekarang trend teh boba masih lagi ‘hits’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah pertambahan kedai teh boba makin bertambah bak tumbuhya cendawan dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

Akan tetapi, harga teh boba yang dipasaran kebiasaanya berharga RM10 dan ke atas untuk satu minuman. Mengapa perlu membeli di luar jika anda pun boleh buat di rumah dan setanding dengan jenama-jenama teh boba yang berada di pasaran seperti Tealive, Chatime, Xing Fu Tang dan sebagainya. Baca resipi membuat boba di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:

5

1. Gula perang 1 cawan
2. Air satu cawan
3. Tepung ubi kayu 2 cawan
4. Pewarna makanan (hitam)

Langkah-langkah untuk membuat boba:

1. Panaskan gula perang dan air dalam kuali sehingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacaukan ia.

3. Tunggu sehingga bahan sesuai untuk di uli, pindahkan ke dalam bekas yang sesuai.

4. Selepas itu, masukkan 3 titik pewarna hitam dan uli sampai jadi seperti ‘playdoh’.

1

2

5. Gentelkan doh bulat-bulat dan masukkan ke dalam bekas yang sudah di isi tepung, untuk elakkan doh lekat satu sama lain..

6. Panaskan gula perang dengan air, sudah didih masukkan doh yang sudah di gentel tadidan kacau sehingga terapung.
*Nota: Jika ia terapung bermaksud sudah masak

7) Angkat doh boba yang sudah masak tadi dan letak dalam bekas yang berisi air dan ais batu. Kemudian boleh dihidang.

3

4

Perkongsian resipi ini dikongsi oleh pengguna Facebook Shafika Bakar dan semoga dengan adanya perkongsian ini, anda boleh buat sendiri di rumah. Selamar mencuba!

Baca lagi: Asal Usul ‘Teh Boba’ Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Sumber